Mar 10, 2010


Adam kuat merajuk lately. Perasaannya macam dipendam dalam hati sampailah ketika saya memujuknya dan bercakap dengannya tentang kesalahan yg menyebabkan dia dimarahi baru la tersedu-sedu menangis sedih. Saya jarang sekali naik tangan dengan Adam tapi sekali sekala merasa jugalah punggung atau lengannya kena tamparan saya sekiranya kelakuannya melampaui batas. Semalam (saya tahu dia cranky sebab tak tidur during nap time) dia ubah rak botol susunya dari atas counter ke lantai. Bila saya minta dia letakkan kembali pada tempat asal..laju je dia cakap "Tak nak". Memang kepantangan saya barang-barang dirumah ni disepah dan tak diletak pada kedudukan asal. Saya tak kisah dia nak main atau sepahkan satu hall tu dengan barang mainan tapi dia kena tahu tanggungjawab jika dia yg keluarkan mainan..dia juga yg harus kemaskan. Sama juga dengan barang-barang yg tak sepatutnya jadi mainan dia. Rak botol susu tu khas untuk saya keringkan botol dan puting susu dia..bila dia letakkan atas lantai, saya terpaksa mencuci semua botol, puting dan rak tu sekali sebab saya tak nak bakteria yg bersepah kat lantai tu melekat dan masuk dalam perut Adam bila dia menyusu nanti. Bukan saya marah sebab saya kena buat kerja extra tapi sikap tak bertanggungjawab dia semalam. Jadi, saya tutup suis lampu, tutup pintu dapur dengan dia didalam. Meraung dia minta nak keluar. Boleh pula dia angkat rak tu letak pada tempat asalnya. Saya buka pintu and let him out bila dia dah angkat rak tersebut.
Saya tahu saya agak 'keras' mendidik. Tapi saya tak mahu Adam rasa dia boleh bend any rules just because he is the only child. Ada masa dia boleh ikut arahan dengan baik...tidak jika saya meninggi suara dengan dia. Tapi ada kala (macam semalam la) bercakap dengan baik pun dia tak peduli. Masa ni la saya mula naik angin (saya rasa hubby pun tak berani masuk campur bila saya dah naik angin). Saya tak kan memujuk selagi dia tak cakap dia sorry for his behavior. Saya taknak nanti dia tak feel oblige to appologize bila dia buat salah. Perangai macam ni yg dia akan bawa hingga ke liang lahat.
Saya sayangkan dia...sangat sayangkan dia. Sebab tu saya nak didik dia jadi manusia yg baik. Sebelum tidur (after he appologized) saya tanya dia kenapa saya marah dia? dia cakap sebab dia kacau barang mommy (rak susu dia la). Maksudnya dia tau apa kesalahan dia. Bila saya tanya dia, dia salah ke tidak? Dia jawab, Adam salah..(dan diikuti siri tangisan dan rintihan, mommy kurung Adam kat dapur, mommy tutup lampu). Perasaan kanak-kanak sangat delicate bagi saya..walaupun dulu parents saya tak pernah justify kenapa saya kena rotan atau kena cubit..tapi saya explain dengan Adam kenapa saya buat apa yg saya buat. Saya beritahu dia lagi yang saya sayangkan dia (at this point Adam cakap, Adam sayang mommy too pastu nangis lagi) and saya buat untuk kebaikan dia.
Tapi merajuk Adam sangat lama. Walaupun nampak dia happy, laughing and joking...if I talk to him while he is just about to sleep (semi conscious state)..he will cry and repeat again apa kesedihan yg dia simpan dalam hati. And satu lagi sign yg sedih dia masih bersisa ialah dia akan menangis while sleeping. Macam malam tadi la..mommy ended up with mata burung hantu this morning..soothing his nightmares all night long.

3 comments:

Anonymous said...

Wow impressive
Links to my blog balaoing

ROSMAH AZAN said...

Ju, kdg2 anak kita ni sukar kita nk paham ape sebenarnya yg dia inginkan..buat itu tk kena buat ini lg tk kena..Adam punyer kes tu sama ngan Farez..u lucky skit ada hubby kt umah...i kalau "berkonflik" ngan Farez ni kdg2 bole wat i nangis cos i rasa dh buat yg terbaik utk dia

Anonymous said...

wow very great blog,.... music embeded