Mar 9, 2010


Sedang saya cuba untuk siapkan paperwork, tiba-tiba masuk surat offer tiket percuma untuk 35 orang kanak-kanak menonton Disney On Ice pada 14 March 2010. Disebabkan tarikh yg sudah hampir dan saya perlu cari orang untuk mengisi tempat serta menguruskan kenderaan untuk kanak-kanak ini, terpaksa la saya letak tepi paperwork tu. Agak sukar sebenarnya hidup saya dan staff-staff minggu ni kerana banyak perkara 'terkejut' yg timbul yg perlukan tindakan segera. Sebab tu bila orang persoalkan tugas penjawat awam yg kononnya ringan dan tak banyak..saya berasap. Wahai kawan-kawan pekerja swasta...kami tak dibayar OT walau bekerja lebih masa, hatta tidak juga dibayar OT jika perlu bekerja pada hari Sabtu dan Ahad (tiba-tiba lari topik pula dengan penuh emosi).
Back to the main point of this entry, banyak panggilan yg masuk bila sahaja kami mengeluarkan/menghebahkan tawaran ni. Yelah, tiket berharga RM 125 tu dapat free aje tau. Tapi kena la tapis sebab offer hanya untuk kanak-kanak berumur 10-12 tahun sahaja. Jadi, walaupun Adam sangat suka suma character Disney and it will be a blast if I could bawa dia pergi menonton, syarat umur tu memanglah tak layak dia pergi. Walaupun mommynye sendiri yg organize. Ramai yg tanya, saya bawa Adam atau tak tapi jawapan saya, kalau saya sendiri pun tak pergi, apatah lagi anak saya. Biarlah anak-anak yg lain dapat peluang yg sekali sekala muncul ni terutamanya untuk anak-anak anggota bawahan. Saya masih ingat pada kata-kata seorang senior saya..jika niat kita nak ambil kesempatan, banyak peluang dalam service ni. Tapi jika kita fikir layakkah kita terhadap kesempatan tu, tentu la kita agihkan pada yg berhak. Allah tu Maha Mengetahui. Saya rasa saya tak layak sebab tu saya tak nak ambil peluang tu walaupun dah didepan mata. Saya bukanlah manusia yg bagus..goodie two shoes type of person tapi apa yg bukan hak..saya takkan ambil. Takut kesannya nanti.
Apa pun, saya berharap anak-anak yg berpeluang pergi dapat enjoy themselves and dapat semangat lebih untuk belajar dengan lebih rajin. Kerana ini adalah hadiah diatas usaha ibu bapa mereka mempertahankan negara. Enjoy ya.

No comments: