Mar 22, 2010

In few weeks to come, my baby will become 3 yo. Alhamdulillah dan syukur atas pemberian Allah s.w.t to us. Setiap hari kami menadah tangan memohon padaNya agar Mohamad Adam Muqriz dikurniakan iman yg teguh, kesejahteraan kesihatan, akal fikiran yg tajam, adab budi yg mulia, dan menjadi insan yg berguna untuk agama, kedua mommy dan daddy, keluarga, masyarakat dan negara.
Sungguh sekejap masa berlalu...kami melihat Adam buat kali pertama setelah mommy berusaha lebih 15 jam untuk melahirkan Adam. Doktor mengeluarkan Adam dari perut mommy yang dibedah disaksikan daddy dan tangisan pertama Adam disambut kalimah Alhamdulillah..baik dari Doktor-doktor,Daddy, Mommy dan Nurse yg berada di bilik bedah. Syukur kerana perjalanan Adam dialam rahim berjaya membawa Adam ke dunia ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yg sangat besar untuk Mommy dan Daddy.
Marah Mommy pada Adam, jerit Mommy pada Adam adalah kerana Mommy terlalu sayangkan Adam. Bukan Mommy atau Daddy bencikan Adam bila tidak menurut kemahuan Adam, bukan kurang kasih sayang kami bila kami kerap menasihati dan menegur. Adam adalah khalifah kecil di bumi Allah s.w.t ini dan kami mahu Adam menjadi khalifah yang sesempurna mungkin. Adam adalah putera kami yang sulung, yang akan membawa tanggungjawab sekiranya mommy dan daddy pergi dahulu.Adam adalah segalanya bagi kami and we love you so much. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan kasih sayang kami dan harapan kami pada Adam.



No comments: