Mar 5, 2010

Saya demam dengan teruknya masa bengkel..sampai hilang suara..
I and my partner Aida.

Gambar-gambar semasa Bengkel SKTD yg lepas..baru sempat nk upload..walaupun tak match dengan cerita dlm entry ni, saya upload jelah juga..

Petang semalam saya ber ym dengan T. Kesian mendengar keluhnya yang terjumpa gambar bekas teman lelaki yg kini sudah berkahwin..gambar lelaki tersebut bersama isterinya di Facebook (kerap saya katakan, ada baik buruknya bila ada facebook ni). Hatinya masih melekat rasa kasih terhadap bekas teman lelakinya itu dan T berkira-kira nak berterus-terang tentang sebab mengapa dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan lelaki tu. Saya telah memberi pandangan saya dan apa pun yang T lakukan...to you dear, jangan sesekali memecah belahkan rumahtangga orang lain..apalagi jika orang yg kita pernah sayangi. Jujurnya, saya tak pernah mencari bekas teman lelaki di mana-mana laman web. Saya rasa keputusan yang saya buat sekarang adalah yang terbaik. Saya tak mahu hati saya di rasuk dengan perkara yg bukan-bukan jika terjumpa kembali bekas teman lelaki. Walaupun hubby berfikiran terbuka dan tak pernah melarang sebarang komunikasi (asalkan tidak melampaui batas dan tidak mendatangkan fitnah), saya tak berani bermain api. Apa yg sudah berlalu..saya biarkan sebagai perkara lepas. Saya rasa T sekadar ingin melepaskan 'beban' perasaan yg ditanggung sekian lama kerana terpaksa memutuskan hubungan mereka. Berterus terang adalah perkara yg baik tetapi hasilnya tak kita ketahui...jika retak hubungan suami isteri itu, perasaan bersalah mungkin jadi lebih parah. Apa jua yg kamu lakukan, fikirlah sedalamnya dan secara rasional ya.

1 comment:

Shasha said...

huhuhu..how about diaorg yg cari kita.kakina ade idea x mcm mn nk selesaikan...