Jun 29, 2009

Pagi tadi ketika memakai uniform, seluar yg sebelumnya agak tight dibahagian pinggang-perut terasa agak longgar. Although rasanya makan tetap seperti aturan biasa. Mungkin kuantiti yg agak kecil dari sebelumnya sahaja yg menyebabkan ukuran pinggang mengecil sedikit dari dulu. Dan apabila memakai uniform setiap pagi, aku pasti rasa hiba. Uniform ini 3 bulan lepas telah dilipat dan disimpan didalam almari since I'll be wearing a maternity uniform until next year but atas kuasa Allah, uniform kerja ini dikeluarkan kembali untuk dipakai dan maternity uniform yg dilipat kembali dan disimpan. Pagi tadi hati terasa hiba tiba-tiba...teringat pada kenangan yg satu itu. Sekiranya aku masih mengandung, kandungan sudah mencapai usia 15 minggu. Sudah lengkap sifatnya.
Kesenangan tidak menjamin kebahagiaan yg total. Masa mengandungkan Adam dulu, aku lalui dengan kesukaran. Bersendirian dirantau orang, menanggung morning sickness seorang diri dengan kesibukan mengejar dateline assignments. Teringat saat-saat membuat monthly check up di Wilfred Hall dengan menaiki bas kuning yg berpusing satu base. Makanan halal juga sukar diperolehi..kesudahannya hanya mampu menelan buah-buahan dan salad sayuran sahaja. Tanpa makanan yg lain yg berkhasiat. Pun begitu Adam membesar dengan baik semasa dalam kandungan. 21 jam flight dan transit hampir suku dunia aku lalui sendirian dengan bagasi-bagasi yg lebih besar dari aku tanpa sebarang masalah bleeding atau spotting.
Namun kandungan yg sudah tiada ini walaupun dijaga dengan penuh hati-hati, mendapat khasiat makanan yg pelbagai, mendapat sokongan dan perhatian dari daddy yg sangat excited untuk menerima orang baru meyakinkan aku bahawa kesenangan itu tidak bererti kebahagiaan sudah pasti.

2 comments:

Hannahadi76 said...

kun faya kun sayang.... siapalah kita utk mempersoalkannya.....

Jue Fauzi said...

itulah kak..tapi ada masa terasa sedih sangat.