SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA
(nak letak glitters tapi malas..huhu..penyakit sungguh)
I realize yg dah masuk hari ke-3 Ramadhan baru sempat nak post entry. Sesungguhnya tuan rumah tak cukup kaki tangan nak menguruskan hidup seminggu dua ni. Dengan macam-macam jenis household crisis..demam la, diarrhea la, muntah-muntah la, tak termasuk being grouchy and touchy lagi ni. So dikesempatan ni nak la I ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan dan pelawat ke blog ni. Harap-harap beroleh keberkatan dan rahmat di bulan yg mulia ni.
Insyaallah this year we have the opportunity to be together (setakat ni la..). The most precious time, it is. Alangkah sukarnya dulu masa terpaksa berjauhan so bila dapat puasa bersama ni rasa satu nikmat yg tak terucap..alhamdulillah.
First day puasa I had class...berbuka dirumah In laws la sebab I have class. Jadinya balik kelas dah petang so tolong nengok jelah apa yg mak mentua masak ye.hehehe. But semalam (ahad) kami berbuka di PD. Dengan tahap competency masak I ni, kira bernasib baik la hubby tak cerewet bab makan. Apa je yg dimasak tetap habis. Even then pun rasanya mau I crack my head to line up menu untuk berbuka for this fasting month. Not that we cannot buy the food with bazaar ramadhan every where, in fact one is very near to our house tapi I want to try to cook the food this year for a change (misi nak menjadi isteri solehah yg belum tercapai ni).
Since I cannot bring Adam to surau for tarawikh, buat juga la di rumah. I think zaman-zaman sekolah and Uni year je dapat tarawikh penuh di surau. Zaman bekerja ada kalanya bertugas jadi tak penuh juga. Tapi apapun kuatkan hati dan semangat. Mana tau Ramadhan ini yg terakhir? (Wallahualam)
No comments:
Post a Comment