Feb 25, 2010

Suara saya masih serak-serak rockers, seksi kata hubby dan dia suka..especially bila saya terpaksa berbisik bila bercakap.Mungkin sebab suara saya tidak 'memetir' bila bercakap..hahaha.Bukan apa, rumah seluas ni kalau cakap secara sopan, nescaya tak dengar(sungguh, saya tak tipu). Petang tadi, bengkel yg started dari hari Isnin dah pun tamat dengan Standard Kompetensi TD untuk KPA Pendidikan telah dilengkapkan untuk Fasa 2. Banyak lagi yg perlu dilakukan untuk langkah seterusnya untuk membangunkan kompetensi Pegawai Pendidikan. Bengkel ni walaupun sangat stress (sebab aktiviti otak yg maksimum diperlukan), juga meriah sebab 7 orang SME (Subject Matter Expert) semuanya perempuan..haha.Hanya seorang je lelaki. Macam-macam yg timbul, yg kelakar, yg melucukan dan yg mengejutkan serta berita-berita terkini...owh..kami tak mengumpat sebab tak sempat pun nak mengumpat sesiapa dengan demand menyiapkan SKTD tersebut. Kerja yg stress serta demanding terasa kurang menekan bila kita riang ria menyiapkan tugasan dan amanah. Saya keluar rumah seawal pagi dan balik pun seawal pagi...saya masih balik ke rumah sebab walaupun bilik hotel disediakan..tempatnya dekat aje dengan rumah saya.
Esok pula ada kelas dari pagi sampai petang. Baru je nak bermalas-malas bangun awal..terpkasa la kulupakan. Betullah kata seorang lecturer saya, belajar part-time ni perlukan sacrifice yg bukan sedikit..tak sama seperti belajar secara full-time. Jadi tak pelik la bila saya masih lagi terkial-kial dengan artikel yg perlu saya present esok..huhuu...makin lama makin slow saya buat kerja..comprehending, analyzing and application, cuma speed limit saya membaca je yg tak terjejas kelajuannya.
Kerja-kerja di pejabat pula banyak back log. Sebelum cuti sakit, saya kerap ada appointment di hospital, then cuti sakit, balik dari cuti sakit saya berbengkel pula..next week masuk pejabat pula sibuk dengan sambutan HUT TD, pemeriksaan pra-tahunan, mesyuarat eksesais Malaysia-Australia (saya telah diberi tanggungjawab sebagai mc), pemeriksaan pakar untuk unit bawah naungan, mesyuarat di sekolah dan aktiviti briged...maksudnya keluar outstation lagi.
Saya rasa penat juga (walaupun saya suka kerja yg tak terperap dlm pejabat aje) bila banyak paperwork yg terpaksa tunda. Proposal penubuhan Taska pun saya tak sempat siapkan lagi, Newsletter yg patut keluar 2 siries, satu siri pun tak keluar lagi..owh, saya pening.
Sebab itulah (selain dari sebab saya ada kelas), cuti panjang ni kami tak dapat pulang ke kampung...walaupun rasa rindu sangat dengan ibu dan ayah...saya terpaksa bekerja lebih masa di rumah untuk siapkan kerja on time!
note: gambar bengkel nanti la saya upload..saya mengantuk dan letih.

1 comment:

Hannahadi76 said...

try makan madu. paling bagus madu asli. sangat la bagus utk hal2 berkaitan anak2 tekak ni. batuk especially. but utk sakit tekak pun ok. rasa lega sangat2..... you know me with batuk and sakit anak tekak ni kan....