Feb 3, 2010

Selepas kandungan saya berjaya dikeluarkan, Doktor yg merawat saya, Dr Khairul terangkan pada saya yang sebab keguguran saya untuk dua kali berturut mungkin bukan disebabkan masalah kromosom kerana usia saya belum mencecah 35 tahun. Saya juga ada buat carian sendiri mengenai masalah kromosom ni dan I found out selalunya terjadi pada wanita yg berusia 35 tahun keatas. Dr Khairul cadangkan ujian darah untuk menguji kemungkinan adanya Antiphospholipid Syndrome pada saya yg menyebabkan terjadinya 2 miscarriages in a row. Oleh kerana saya bersama Dr Asmah (yg juga kawan rapat Dr Khairul), dia cadangkan (through letter to Dr Asmah) untuk saya jalani blood test.
Saya perlu tunggu sehingga betul-betul sihat dan bertenang untuk buat ujian ni, menurut Dr Asmah sebab dia tak nak saya stress dan emotionally affected. So, saya google (apalagi yg nak dibuat kan) tentang Antiphospholipid Syndrome or known as APS. Banyaknya dalam Bahasa Inggeris dengan medical terms yg complicated. Tapi saya dapati ada topic tentang ni dlm forum Dr Hamid Arshat dan maklumanya lebih simple untuk saya kongsikan. Walaupun saya dan hubby berdoa agar dijauhi dari masalah-masalah ni, we think we need to be ready for any possibilities. Ini la maklumat yg saya dapat and insyaallah saya akan update tentang APS ni if saya temui info yg lain.
APS adalah singkatan kepada Anti-Phospholipid Syndrome. Dalam keadaan ini, tubuh bertindak membentuk auto antibodi menentang fosfolipid badannya sendiri sehingga mengakibatkan kesan buruk. Fosfolipid (diambil daripada perkataan fosforus-lipid iaitu molekul lemak mengandungi fosforus) banyak terdapat di dalam badan contohnya pada membran selaput sel, ia juga terikat pada protien pengangkutnya yang turut menjadi mangsa auto antibodi ini. Sistem imun badan tersalah anggap fosfolipid dan protien pengikatnya sebagai benda asing sehingga badan mula menghasilkan auto antibodi terhadapnya. Seseorang yang mengalami APS dikesan mempunyai antibodi fosfolipid yang juga disebut anti-fosfolipid (aPL) di dalam darah. Ada sekitar 20 jenis aPL yang bersifat menentang fosfolipid termasuk protien pengikatnya, namun hanya dua jenis iaitu anti-kardiolipin (aCL) dan lupus anti-koagulan adalah yang utama, manakala yang selebihnya tidak memberi kesan penting.
APL yang dihasilkan kemudian membentuk ikatan dengan fosfolipid yang ada di dalam membran selaput sel organ dalaman badan dan mengurangkan penghasilan bahan prostacyclin (yang bersifat cenderung “mencairkan” darah). Ini menjejaskan keseimbangan sistem pembekuan atau pencairan darah dan menyebabkan bahan thromboxane (yang sebaliknya bersifat cenderung menyebabkan pembekuan darah) menjadi lebih banyak dan menyebabkan pengecutan bukaan salur darah, pengumpulan platelet dan kejadian darah beku dalam salur darah di merata bahagian badan serta memberi kesan negatif.APS disyaki setelah seseorang mengalami mana-mana keadaan berikut dan disusuli dengan pengesahan ujian darah:
  • Pembentukan darah beku dalam salur darah (dikesan menggunakan teknik ultrabunyi Doppler dan seumpamanya).
  • Keguguran berturut-turut tiga kali atau lebih (berlaku dalam trimester pertama kehamilan).
  • Satu atau lebih keguguran atau kematian janin berlaku dalam trimester kedua atau ketiga), janin lazimnya mempunyai sifat fizikal yang normal.

Kematian janin berumur kurang 34 minggu kehamilan (lapan bulan) yang berkait dengan penyakit darah tinggi teruk (pre-eklampsia, sawan darah tinggi) atau masalah uri (placental insufficiency).Keadaan di atas dinamakan APS primer. Ada juga keadaan APS sekunder di mana penghidap APS turut mengalami penyakit kronik lain yang berkaitan contohnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Pengesanan ujian darah yang dimaksudkan adalah :

  • Lupus anti-koagulan : paras IgM dan IgGnya
  • Anti-kardiolipin (aCL) : juga paras IgM dan IgGnya

No comments: