Feb 25, 2010
Feb 24, 2010
He particularly likes this dolphin.
The little teddy was mine..as usual suma my teddies dh jadi milik Adam.
Feb 19, 2010
Feb 18, 2010
Feb 17, 2010
Feb 12, 2010
Feb 11, 2010
Kan dah kata..sleep tight my darlings..(sebelum kena kejut masuk tidur dalam bilik)
Feb 8, 2010
Feb 5, 2010
Menangani Keguguran Berulang
“Ujian-ujian tertentu perlu dibuat untuk mencari punca keguguran tersebut,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.
Menurutnya, walaupun wanita menghadapi masalah keguguran berulangkali, peluang untuk mengandung dan berjaya masih ada. Banyak sebab yang dikaitkan dengan keguguran, hanya satu perempat dari kes-kes, sebab mengapa tidak dijumpai.
Diagnosis
Dr. Shah Reza berkata, sejarah perubatan, perbidanan serta sakit puan akan dikenal pasti.
“Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan pelvik akan dibuat untuk mencari punca keabnormalan. “Mungkin juga puan ditawarkan untuk menerima kaunseling genetik,” jelas beliau.Ujian-ujian lain yang mungkin dibuat termasuklah:
* Ujian darah untuk mencari keabnormalan sistem hormon dan juga sistem keimunan
* Bergantung pada kemudahan, ujian genetik mungkin ditawarkan kepada suami dan juga isteri
* Ujian untuk menentukan infeksi organ rahim.
Tatacara penyiasatan lain juga mungkin diajukan seperti:
* Histerosalfingografi; Satu penyiasatan sinar-X pada organ rahim dan juga tiub-tiub fallopio. Sejenis pencelup akan digunakan untuk mencapai kepastian tersebut
* Histeroskopi; Satu alat optik yang kecil yang dimasukkan ke faraj dan pangkal rahim untuk melihat persekitaran dalaman rahim
* Ultrasound; Ujian ultra bunyi yang digunakan untuk melihat bahagian serta organ reproduksi
* Sonohisterogram; Pengimejan ultrasound yang ditingkatkan lagi dengan kemasukan cecair salina ke dalam rahim, membuatkan imej dalaman menjadi lebih nyata.
“Kehilangan kandungan tidak kira usia kandungannya, boleh membuatkan seseorang wanita itu menjadi sangat sedih. “Motivasi reproduksi mungkin terbantut dan mereka mungkin berasa bimbang kejadian yang sama akan berulang kembali,” ujar Dr. Shah Reza. Kepiluan emosi, katanya, mungkin mengambil masa untuk pulih jika dibandingkan dengan kesihatan fizikal.
Beliau menambah: “Justeru, suami harus memahami keadaan sebegini dan sama-sama mengimbangi gangguan emosi serta bergerak positif ke hadapan dari segi keupayaan reproduksi serta mental. “Berjumpalah dengan doktor, jururawat atau mana-mana individu yang boleh mengubah tingkah laku daya serta memberi sokongan pada puan. “Untuk masa hadapan terdekat, rancanglah bila hendak mengandung, supaya penyakit puan dapat dioptimumkan rawatannya manakala pemeriksaan kandungan dapat dilakukan seawal-awalnya.”
Berikut adalah saranan Dr. Shah Reza kepada wanita yang ingin bergelar ibu:
* Lakukan pemeriksaan perubatan sebelum bercadang untuk mengandung
* Berjumpa doktor seawal-awal mengandung supaya penelitian dapat diteruskan
* Ikutilah arahan doktor yang merawat anda
* Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, beriadah, tidak mengambil minuman beralkohol, berhenti merokok dan tidak menggunakan ubat-ubatan yang bukan dipreskripsi oleh doktor.
Mengapa keguguran berlaku
Sebab yang pasti:
Masalah dengan kromosom.
Kebanyakan keguguran di bawah 13 minggu, berkait rapat dengan keabnormalan kromosom.
Kromosom adalah struktur dalaman sel. Setiap kromosom mempunyai gen-gen yang membawa ciri-ciri serta sifat-sifat seperti warna rambut, keadaan fizikal, jantina, dan sebagainya.
Permasalahan berlaku mungkin kerana bilangan serta struktur kromosom yang abnormal, mungkin juga dari keganjilan gen-gen yang dibawa. Kebanyakan permasalahan ini berlaku secara spontan dan tidak ada kaitan baik dengan ibu mahupun bapa.
Terdapat ujian-ujian genetik tertentu untuk mencari punca kenapa ia terjadi.
Masalah dengan rahim
* Kecacatan rahim itu sendiri, seperti rahim yang terbelah dua oleh satu dinding – septate uterus.
* Ketumbuhan benigna di dalam rahim seperti fibroid
* Pangkal rahim yang tidak dapat menahan isi kandungan rahim, membuka terlalu cepat dan awal, dengan tiada tanda-tanda awal bersalin.
Masalah perubatan
Masalah perubatan yang dinyatakan berikutnya mempunyai kaitan rapat dengan keguguran,
* Gangguan autoimun dan lupus
* Masalah dengan jantung
* Penyakit buah pinggang yang teruk, terutamanya apabila dikaitkan dengan hipertensi.
* Kencing manis
* Penyakit tiroid
* Infeksi rahim
* Sindrom ovari polisistik
Mengoptimumkan rawatan akan menambah baik kebarangkalian untuk mengandung.
Sindrom antifosfolipid juga dikaitkan dengan keguguran. Sindrom ini melibatkan keabnormalan sistem imun badan. Mereka yang bersindromik akan mengalami gejala pembekuan darah serta keguguran yang berulang kali. Ada ujian yang dilakukan untuk mendiagnosis keadaan ini.
Sebab yang berkemungkinan:
Ketidakseimbangan hormon badan
Hormon progesteron bertanggungjawab menyediakan dalam rahim untuk menerima hasil persenyawaan – berlaku pada dua minggu sebelum datang haid yang berikutnya.
Sekiranya paras progesteron pada awal mengandung rendah, keguguran mungkin berlaku. Kekurangan ini boleh dirawat.
Gangguan/ketidaktertiban sistem darah
Trombofilia adalah satu keadaan di mana agen pembekuan darah dihasilkan melebihi keperluan. Banyak gangguan genetik yang boleh membawa mudarat sedemikian.
Mutasi Faktor V Leiden boleh menyebabkan gangguan pembekuan berlebihan di plasenta dan kemudiannya akan berakhir dengan keguguran. Mereka yang berpenyakit sedemikian akan diberi ubat pencair darah.
Note: Saya cuba mencari sumber-sumber yg dapat membantu diri sendiri dan those who read my blog dan ada masalah yg sama. I am not the expert and all sources are from the internet. If facts ada yg tak betul, maybe you could inform me and I'll try to find the correct one.Thank you.
Feb 4, 2010
Tapi I did the laundy juga..hahaha..just few blankets and comforter that need to be washed je..itupun masuk washing machine je. Since basuh baju kitaorang usually hand wash..hubby la yg buat..lalalala..by the time dia comes back from the office, semua ni dah kering, berlipat dan bersusun dlm wardrobe dah..unless he check my blog, he won't know..hehehe.
From left: jamu yg selalu saya makan (mak lang bekalkan), ginger cream as a pilis untuk buang angin dalam badan, body contour gel untuk kasi pecah itu lemak yg sangat banyak and nutmeg oil for buang angin juga and panaskan badan. This time saya cuba Leesa Formula punya produk and saya rasa both are bagus sangat..sampai berpeluh-peluh saya. I bought one set which ada 5 barang dlm kotak tu..tapi so far saya guna dua produk ni dulu. Then saya pakai corset..erk..tak payah la letak gambar..
Apakah ini?hehehe..inilah stokin saya dlm rumah. If keluar rumah saya akan pakai yg panjang. Yg colourful tu pemberian kawan saya dari Korea..ada satu lagi tapi lupa dimana saya letak. Yg hitam putih tu mak saya beli di Madinah..saya ada dua juga warna gray satu tapi saya dah basuh. Rasanya lagi selesa pakai jenis ni dalam rumah tapi bila keluar harus pakai yg bertutup semua.
Ni cuma gambar-gambar yg menunjukkan saya ada banyak masa..hehehehehe..eh, ada lagi ni..
Ni daun-daun yg perlu direbus sebelum saya mandi dengan air rebusannya. Ada daun pandan, daun sireh dan yg panjang tu namanya pokok tetulang..jgn tanya saya..saya tak tahu kenapa namanya begitu. Daun-daun ni mak mentua saya carikan untuk saya mandi.
Saya ada periuk tanah yg before this I use to renih akar kayu and rebus daun tapi someone borrow it sampai sekarang masih belum dipulangkan..hmmm..camane? so guna la periuk mana ada untuk rebus daun-daun ni.Saya rebus sekejap aje sebab...
..saya masukkan dalam tub dan buka air panas..hahahaha...dan after a good scrub, saya rendamkan badan dalam air rebusan daun-daun ni..semerbak naik bau daun sireh dan pandan. Saya tak bilas sebab tadi dah scrub the ointment yg melekat dibadan kan..and pakai krim halia..pakai corset..done. Mudah je sebenarnya tapi biasalah...owh, dalam sehari, saya ulang 2 kali..pagi dan petang.
note: lain orang, lain cara..ini simply my way of following nasihat orang tua-tua. If tak nak buat pun takpe..hehehe
Al-Fatihah
Feb 3, 2010
- Pembentukan darah beku dalam salur darah (dikesan menggunakan teknik ultrabunyi Doppler dan seumpamanya).
- Keguguran berturut-turut tiga kali atau lebih (berlaku dalam trimester pertama kehamilan).
- Satu atau lebih keguguran atau kematian janin berlaku dalam trimester kedua atau ketiga), janin lazimnya mempunyai sifat fizikal yang normal.
Kematian janin berumur kurang 34 minggu kehamilan (lapan bulan) yang berkait dengan penyakit darah tinggi teruk (pre-eklampsia, sawan darah tinggi) atau masalah uri (placental insufficiency).Keadaan di atas dinamakan APS primer. Ada juga keadaan APS sekunder di mana penghidap APS turut mengalami penyakit kronik lain yang berkaitan contohnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Pengesanan ujian darah yang dimaksudkan adalah :
- Lupus anti-koagulan : paras IgM dan IgGnya
- Anti-kardiolipin (aCL) : juga paras IgM dan IgGnya
Feb 2, 2010
Part IV-Finale
This time around I berpantang di KL..dijaga oleh hubby and my sis. My mom tak kasi I duk kampung..kesian tak?huhuhu...sebabnya anak kesayangan saya itu sangat manja..selalu minta dukung, minta itu ini bila saya ada bersama. Jadinya my mom nak saya berehat sepenuhnya tanpa gangguan. Walaupun saya tak rasa permintaan Adam itu gangguan tapi saya turut kata Ibu saya..
Ni pokok-pokok di backyard saya..hahaha..konon.
I dunno what are their names or sceintific names..tapi the facts hubby belikan untuk ceriakan hati saya dah cukup membahagiakan. Walaupun dia tahu saya ni bukan pandai jaga pokok-pokok hidup..dia belikan juga..
Pokok cili ni bukanlah ditanam sehingga berbuah begini..rather dibeli sekali dengan buahnya..hahaha..nanti saya akan update how it looks dalam sebulan lagi...jangan la ada yg mati 'terbunuh'..huhuhu..