Dec 27, 2009

Pagi-pagi ni sambil breakfast nescafe (boleh kira breakfast ke ek?), hubby tendang-tendang belon warna merah kepunyaan Adam. Belon ni bukannya dibawa balik dari percutian kami di Genting tapi mommy yg beli tatkala Adam mengamuk nak belon masa kat Giant Kota Damansara...ala yg orang buat pintu gerbang tu..ate, takkan la I nak minta belon yg org buat hiasan tu? Jadi belilah kat Living Cabin tu untuk Adam (panjang kisah belon merah tu rupanya...hehehe). Owh, Adam sekarang tengah bersuka ria di Taiping (tak ingat pun nak tanya Mommy and Daddy-tok la tolong report) since I hantar dia dari hari Jumaat lepas. Sebabnya kitaorang kan nak pindah rumah, banyak la kerja-kerja yg rumit yg melibatkan ketelitian nak dibereskan...si kecik tu pula tak tahan habuk...habis naik rashes badan nanti so memikirkan kebajikan anak nan sorang tu, kami bersetuju bagi dia peluang 'bercuti' sakan di kampung.

Balik kepada kisah daddy yg menendang belon si anak tu, I pun keluarkan komen..."Rindu kat Adam ke main-main belon dia tu?" hubby jawab dengan senyuman je. Yelah tu nampaknya. Bukan daddy je yg rindukan Adam...mommy lagi la. Masa drive balik semalam pun rasa kekurangan...sebabnya tiba-tiba takde orang yg bercakap tanya itu ini non stop sepanjang jalan. Selalunya mulut mommy ni penat sangat bila drive...bukan sebab pegang stereng dengan mulut tapi melayan pertanyaan Adam yg pelbagai...macam-macam termasuk la komen dia tentang orang yg berjalan tepi jalan pun..hahahaha...

Sungguh!!!


KAMI RINDU PADAMU ADAM MUQRIZ!

(apa kes tah mommy letak gambar ni..huhuhu)

1 comment:

Azu said...

kak ju.. bleh kite contact2 semula???

azu
019-3159947