As the title kat atas tu, aku rasa serabut sangat dlm 2 minggu ni.Balik rumah je temperature pun naik bila tengok rumah bersepah..selalunya boleh pula bersabar dengan Adam yg sepahkan toys dia..boleh je aku kutip (dan Adam akan tolong la style dia) tanpa bersungut.Apalagi bila dia merengek-rengek minta dukung..mula la keluar suara soprano dari type alto aku ni..aku ni yg dah macam nak putus pinggang kerja nak dukung dia rasa macam nak patah dua dah..SUNGGUH aku penat minggu ni dan SUNGGUH aku rasa tertekan sangat dalam 2minggu ni.
Maka secara automatiknya aktiviti yg baru diceburi terpaksa la diperap dulu.Hubby senyum-senyum je bagitau ada 3 butter bars dlm fridge yg dia kata, 'Yang, butter banyak-banyak tu bila nak hilang eh?'
Aku plan banyak sungguh sebenarnya...ingatkan cookies raya tahun ni nak buat sendiri, ingatkan nak buat cheese cake yg hubby suka makan, ingatkan nak buat itu dan ini..last2 yg I manage to buat was creme' caramel je..hahaha..sambil-sambil dukung Adam yg fussy coz demam.Hubby cam impressed kejap (ke aku yg perasan..hahha) aku mampu lagi wat something untuk berbuka.Dua orang jejaka aku tu dah habiskan 3/4 creme' caramel tu..so kiranya sukses la usaha aku tu berdasarkan peratus pecahan yg dah lesap tu.
Hari ni plan nak masak spaghetti tapi since hubby takde ada jamuan berbuka dan aku lak malam ni nak membuka dan memasang senjata..rasanya kenalah postpone dulu..aku gigit jelah butt styer tu nanti.hahaha...
No comments:
Post a Comment