In real life kan..ada tak orang yang tak pernah bermasalah? tak pernah dimarahi oleh sesiapa? sentiasa disayangi oleh semua orang yg kenal dan baru kenal? tak pernah ada sebab untuk marah-marah sesiapa sebab semua orang are so nice to her or him? tak pernah rasa kena two timings by others..to sum it all, orang yg ada perfect life dan kerjaya? dan tak pernah dicemburui oleh sesiapa pun.
If ada la orang yg ada life macamni..agak-agaknya apa strategy hidup dia ye? dan macamana rhyme kehidupan seharian dia?
Kadang-kadang I do wish to be this type of person tapi bila fikir sket lagi, rasa macam too good to be true..sebab apa? sebab saya sendiri rasanya belum sempurna pada tanggungjawab saya sebagai hambaNYA...
But sometimes bila kena marah disebabkan perkara 'bodoh' yg disebabkan oleh orang lain..rasa nak juga rasa jadi seperti manusia perfect ni kn? Rasa low betul bila pagi-pagi dapat 'semburan' amarah akibat orang lain yg menyampaikan berita atau maklumat yg tidak tepat pada kita. Sebab tu bila saya diberi maklumat, saya suka double check. Maksudnya, saya akan tanya sekali lagi apa maklumatnya dan dari siapa maklumat tersebut datang? Kemudian saya akan check semula dengan pihak pertama yg menyalurkan maklumat tersebut samada betul atau tak. Ada masa (seperti pagi yg malang ni la), saya tak sempat check dengan first party tentang kesahihan maklumat tersebut..jadinya, teruslah saya mengadap KS saya dengan maklumat yg diterima dari SO3 yg datang ke pejabat saya pagi-pagi menyampaikan khabar. Dan dengan maklumat tersebutlah, saya dimarahi pagi-pagi. Yang saya geram dan terkilan, saya dimarahi bukan kerana kesilapan saya tapi kesilapan SO3 tadi dalam menyampaikan maklumat yg tepat. Saya pernah menjadi SO3 sebelum menjadi SO2..dan saya sendiri akan check berulang kali tentang sesuatu sebelum saya menyampaikan pada SO2 saya. Dan sekiranya saya yg buat kesilapan...saya akan meminta maaf.
Dalam bekerja, saya rasa untuk menganiaya orang lain, adalah sangat tidak wajar... dan saya dapati budaya ni memang tak dapat dielakkan di mana-mana tempat kerja. Kenapa kita tidak bekerja dengan ikhlas tanpa niat untuk menjatuhkan orang lain????
2 comments:
true,org yg suka menjatuhkan org lain ada di mana2 shj.einstein ckp org yg tak pernah melakukan kesalahan ialah org yg tak belajar apa2.
tapi kan bila selalu menyalahkan org lain,satu hari nanti kena blk kat org tu,sabar ya jue :)
Suzie-Yup..agree with you..but bila pagi-pagi kena marah disebabkn kesilapan orang lain...lari juga mood kan ;)
Post a Comment