Dari ceramah Seni Keibubapaan yg saya pernah hadiri, penceramah memberitahu anak-anak yg masih lembut pemikiran dan emosinya tidak boleh diherdik, dibentak, dicaci maki dan dipanggil dengan nama panggilan yg tidak elok. Seeloknya, anak-anak yg masih kecil ini ditegur dengan nada yg tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak dengan suara yg kuat menggegar dan herdikan yg boleh merosak emosi dalamannya tetapi cukup sekadar anak tadi faham yg perbuatan yg salah tidak boleh dilakukan dan dicontohi.
Saya cuba praktikkan dalam mendidik Adam. Saya menahan baran saya demi kerana jiwa Adam yg mahu saya pelihara agar dia saya didik dengan sempurna. Tapi pagi tadi saya gagal mengawal kemarahan saya. Ingatan yg berkali-kali saya sematkan dalam otak saya gagal menahan kemarahan saya padanya. Adam saya marahi kerana 'sembunyikan' bowler hat saya didalam almari. Bukan kerana saya gagal mencarinya yg membuatkan saya marah tapi kelewatan saya ke pejabat yg menyebabkan kemarahan saya gagal dikawal.
Sayu hati saya bila melihat air mata yg bergenang dihujung matanya. Walaupun sempat saya memujuk dia dan mendengar ketawanya kembali, hakikatnya, paginya yg bermula dengan indah telah tercemar dengan kemarahan saya. Maafkan Mommy ye Adam. If only I could reverse the time, I would..even if it costs me. Hati saya sangat sedih hari ini.
No comments:
Post a Comment