Aug 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE 53

I would think my parents memang patriotik. Bendera Malaysia bukan setakat dipasang dibulan Merdeka aje but sepanjang tahun. Rasanya semangat tu ada kena mengena dengan pengalaman mereka yg lahir di circa 50-an. Samada they are still young or sudah berusia ketika negara kita mendapat Kemerdekaan sendiri, kehangatan semangat tu masih ada.
Saya terasa juga ingin sertai perarakan di Stadium Bukit Jalil pagi ni, bawa Adam menghayati nilai Merdeka yg diselit dalam ritual perbarisan. Mungkin orang lain punya interpretasi yg berbeza but bagi saya, apabila KKU (Kawalan Kehormatan Utama) berjalan masuk, berhenti dan berbaris menanti Pemimpin Negara, ianya satu disiplin yg melambangkan a certain degree of discipline semasa Pemimpin-pemimpin terdahulu berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia. Tapi, Adam, being anak zaman yg penuh kesenangan, memang susah diurus bila berada di ruang tertutup yg panas dan sesak. The second best bagi saya ialah bersila didepan tv seawal bangun sahur pagi ini untuk menonton lintas langsung dari TV3. Selalunya bila cuti, saya lebih suka tidur merehatkan badan dari berjaga menonton tv tapi I guess, sebab nak rasa juga meriahnya kita sambut merdeka..sanggup jugalah.
Jadi, for this post, saya dedikasikan untuk jerih payah golongan yg terdahulu, and also the unsung heroes and heroins yg membolehkan kita menikmati erti merdeka. Tanpa mereka, tak mungkin kita dapat menikmati kemajuan, kemerdekaan dan pembangunan hari ni.
For hubby yang jauh bertugas di bumi Congo, saya pasti dia lebih merasai betapa nikmatnya merdeka di negara kita bila berada disana.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YG KE-53. SEMOGA KEDAMAIAN DAN KEAMANAN YG KITA KECAPI SEKARANG AKAN BERKEKALAN SELAMANYA. INSYAALLAH.

Aug 30, 2010

Dari ceramah Seni Keibubapaan yg saya pernah hadiri, penceramah memberitahu anak-anak yg masih lembut pemikiran dan emosinya tidak boleh diherdik, dibentak, dicaci maki dan dipanggil dengan nama panggilan yg tidak elok. Seeloknya, anak-anak yg masih kecil ini ditegur dengan nada yg tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak dengan suara yg kuat menggegar dan herdikan yg boleh merosak emosi dalamannya tetapi cukup sekadar anak tadi faham yg perbuatan yg salah tidak boleh dilakukan dan dicontohi.
Saya cuba praktikkan dalam mendidik Adam. Saya menahan baran saya demi kerana jiwa Adam yg mahu saya pelihara agar dia saya didik dengan sempurna. Tapi pagi tadi saya gagal mengawal kemarahan saya. Ingatan yg berkali-kali saya sematkan dalam otak saya gagal menahan kemarahan saya padanya. Adam saya marahi kerana 'sembunyikan' bowler hat saya didalam almari. Bukan kerana saya gagal mencarinya yg membuatkan saya marah tapi kelewatan saya ke pejabat yg menyebabkan kemarahan saya gagal dikawal.
Sayu hati saya bila melihat air mata yg bergenang dihujung matanya. Walaupun sempat saya memujuk dia dan mendengar ketawanya kembali, hakikatnya, paginya yg bermula dengan indah telah tercemar dengan kemarahan saya. Maafkan Mommy ye Adam. If only I could reverse the time, I would..even if it costs me. Hati saya sangat sedih hari ini.

Aug 27, 2010

Kat pejabat I pagi-pagi before we start with our work, we have tadarus session sepanjang Ramadhan ni. But then since I had been 'on permissable excuse' for quite awhile (aduhai nak ganti jenuh la), dah ter miss la banyak verses. And bila dah 'sihat' semula, pagi-pagi ada mesyuarat luar la pula. Hmmm, rugi juga la rasa kan sebab by doing it then we could check our reading. So, I have to read alone at home (when I am not too sleepy la). But I will try to join jugaklah rasanya when the work dah settle sket and hopefully there will be no meeting in the morning la lagi.
This week we are going to head back to Taiping. Since I'm working at KL makanya takde la cuti Nuzul Al-Quran like few states. Ayah offer to racun the weeds (jungle) at our house at Lumut. So, all the jungle will dissappear menjelang Raya. I'm waiting for hubby to come back to start equipting the house with electricity and few necessities. If terasa teringin nk holiday ke Lumut, at least tak payah we all sewa hotel kan. Also, segan juga le dengan jiran tepi yg jarang balik beraya ke kampung. Bila org datang beraya ke rumah dia nampak la bezanya landscape yg comel tu dengan hutan simpan kat rumah saya..wahaha. Definitely hari sabtu will be spent at Lumut, cleaning up the house. Takpelah..after raya at least boleh basuh rumah and pasangkan lampu..nampak la tak macam rumah tinggal terbiar sangat kan.
Cerita lain, cuti raya masih belum confirm. Susahnya la bila bertugas di unit. Masa di training centers memang confirm la cuti dapat seminggu...and for sem break, merasa juga la cuti walaupun tak sepanjang student. Tokwan pun dah merungut cucu yg sulung ni jarang balik kampung dah sekarang. Lain tempat kerja, lain budayanya. Terpaksa la ikut demi tugas walaupun dalam jiwa ni rasa kesal. Tokwan, Ibu dan Ayah bukan semakin muda...dan tak tahu selama mana diaorang dengan kita lagi? Saya takut nanti saya menyesal sebab kurang luangkan masa dengan mereka yg saya sayang. Hmmm...emo la pula kan.
Owh, for en hubby, baju raya saya dah amek but I will email tu you la ye...karang nanti ada yg kata saya nk menunjuk pula..wahahaha..

Aug 25, 2010

Bila Berdua..

...dengan Adam di rumah because my sis and her friend (who stay with us while hubby is away) are having iftar at Tropicana this evening, nak berbuka apa ye? I thought of tagging along but the buffet price for iftar is RM 75 per person and of course kid under 4 year eat for free (banyak mana pun la budak-budak nk makan kan?). Hmmm...masih berfikir-fikir lagi. If hubby is around (huhu..again) then it may be worth it but for me? Makan nasi lemak sebungkus pun tak habis...camane la nak mkan sampai berbaloi the price I got to pay tu kan? Masih lagi berkira-kira nak pergi atau tak.
Or we might order pizza and have it delivered to our door step..ngeee..tak payah la nak meredah traffic di waktu orang sibuk balik pejabat nak berbuka tu kan? Nice juga kan?
Since my migrane and gastric from yesterday masih hangat di kepala dan perut...to endure stressful journey is not adviseable. Mata dan muka masih macam chicken ball yg I masak for Adam semalam...bengkak, bulat dan hodoh...I mean my eyes and face bukan chicken ball tu.
Saya teringin makan something yg soupy, not too hot (for my gastric) and sour...like mee celup yg sedap di PD...owh, I'm not carrying by any mean. Macamana? Takkan nak drive to PD and come back for a bowl of soup noddle? Hmmm...

Aug 23, 2010

I'm watching Fast and Furious with bleary eyes...ngantuk dah tapi bila baring tak juga nak lelap. Adam dah conquer satu katil tu..dah siap buat satu pusingan pun. Esok another day for another week. I am hoping for a less busy and tiring week sebab ada banyak perkara that I need to concerntrate on and selesaikan.
I thought esok juga nak pergi ambil baju raya yg ditempah tu..maybe I'll post the picture for hubby's sake. If dia tak approve, ehem..suka le saya minta satu lagi..hehe.
Owh, hajat nak makan nasi briyani di JM Nasi Briyani belum tertunai. I told my sis (dia yg beria sangat nk makan sebenarnya, terus berjangkit kat I) that we have to wait until hubby sampai.
Hajatnya masa berbuka tadi la nak makan sebab we all went to Giant KD coz beli barang-barang keperluan dapur yg dah habis..tapi besar-besar kat depan kedai tu terpampang SOLD OUT..wahaha..macam jual gula pula ye.
Masa pusing-pusing cari barang, jeling-jeling juga pada bahan-bahan untuk biskut raya...tapi dah tentu la takkan siap walau satu bancuhan pun..uhuks. Tahun ni memang 100% tempah biskut raya. My mom pun dah tak larat nak menunggu membakar biskut dah. Dah adik-adik perempuan I pun balik kg sehari sebelum raya, mana sempat kan?
Me think tahun ni la persiapan paling simple sekali dalam sejarah hidup being married. Takpelah, kena berjimat..lagipun ada big plan yg perlu ongkos yg banyak nanti..so, kena la start dari sekarang...ehem, ehem.
p.s. bila renung wajah adam yg sedang tidur, rasa betapa cepat masa berlalu..dah besar anak kami...and I miss adam yg dulu..huhuhu.

Aug 20, 2010

I am the type yg cepat bosan dengan sesuatu yg sama..jadi saya rasa macam nk tukar je layout blog saya ni. Owh, bukan nak tukar life partner saya ye...nauzubillah dijauhkan perasaan tu. But masa tidak mengizinkan so far. Maybe after the Eid la kut. Saya tak serajin kawan-kawan yg lain ataupun adik kecik saya yg design their blogs one by one..saya hanya rajin tukar guna layout percuma sedia ada sahaja (pemalas ye).
In the previous entry saya ada cerita pasal baju raya Adam dan hubby yg dah siap sedia..hubby pakai yg last 2 years but I did pesan sepasang lagi but kena tunggu dia balik for sizing..beli yg ready made je la this year. Mine pula..dah di tempah semalam...hehe..sempat lagi. Ready made juga tapi disebabkan saya tak bawa ongkos yg cukup, jadinya saya reserve dulu la baju tu.
In this entry sebenarnya saya nak cerita my experience being 'single-with-son-because-hubby-is-away'. Tapi mukadimah dh bercampur rojak...maaflah ye.
I dah mula notice that people will look at me with certain emotion painted on their face when they see me with Adam and my sis or just Adam and me buka puasa, beli barang keperluan or even jalan-jalan. At first dulu I thought it is just a look..yelah, dah masing-masing ada mata kan and looking is absolutely normal la. Tapi yesterday was the pinaccle la..ada one family yg duduk across our table at Kenny Rogers ni memang dari awal kitaorang masuk sampai la duduk, order, makan, bawa Adam ke toilet, sampai la bayar bil...pandang dan berbisik-bisik. Yang tak tahan sampai muncung-muncung mulut si isteri ni bercerita dengan suami sambil pandang-pandang at our table. Nak kata our table manners are poor..tak la juga. Before this happened juga masa berbuka di Johnny. I think they must speculate macam-macam kan?hahaha. Nasib la.

Aug 19, 2010

In real life kan..ada tak orang yang tak pernah bermasalah? tak pernah dimarahi oleh sesiapa? sentiasa disayangi oleh semua orang yg kenal dan baru kenal? tak pernah ada sebab untuk marah-marah sesiapa sebab semua orang are so nice to her or him? tak pernah rasa kena two timings by others..to sum it all, orang yg ada perfect life dan kerjaya? dan tak pernah dicemburui oleh sesiapa pun.
If ada la orang yg ada life macamni..agak-agaknya apa strategy hidup dia ye? dan macamana rhyme kehidupan seharian dia?
Kadang-kadang I do wish to be this type of person tapi bila fikir sket lagi, rasa macam too good to be true..sebab apa? sebab saya sendiri rasanya belum sempurna pada tanggungjawab saya sebagai hambaNYA...
But sometimes bila kena marah disebabkan perkara 'bodoh' yg disebabkan oleh orang lain..rasa nak juga rasa jadi seperti manusia perfect ni kn? Rasa low betul bila pagi-pagi dapat 'semburan' amarah akibat orang lain yg menyampaikan berita atau maklumat yg tidak tepat pada kita. Sebab tu bila saya diberi maklumat, saya suka double check. Maksudnya, saya akan tanya sekali lagi apa maklumatnya dan dari siapa maklumat tersebut datang? Kemudian saya akan check semula dengan pihak pertama yg menyalurkan maklumat tersebut samada betul atau tak. Ada masa (seperti pagi yg malang ni la), saya tak sempat check dengan first party tentang kesahihan maklumat tersebut..jadinya, teruslah saya mengadap KS saya dengan maklumat yg diterima dari SO3 yg datang ke pejabat saya pagi-pagi menyampaikan khabar. Dan dengan maklumat tersebutlah, saya dimarahi pagi-pagi. Yang saya geram dan terkilan, saya dimarahi bukan kerana kesilapan saya tapi kesilapan SO3 tadi dalam menyampaikan maklumat yg tepat. Saya pernah menjadi SO3 sebelum menjadi SO2..dan saya sendiri akan check berulang kali tentang sesuatu sebelum saya menyampaikan pada SO2 saya. Dan sekiranya saya yg buat kesilapan...saya akan meminta maaf.
Dalam bekerja, saya rasa untuk menganiaya orang lain, adalah sangat tidak wajar... dan saya dapati budaya ni memang tak dapat dielakkan di mana-mana tempat kerja. Kenapa kita tidak bekerja dengan ikhlas tanpa niat untuk menjatuhkan orang lain????

Aug 18, 2010

Very early this morning, while preparing his clothes, he asked one question,
Adam: Mommy, dulu mommy buang adam dalam tong sampah tak?
I: Masyaallah, mana ada sayang...I love you so much..takkan mommy buat macam tu.Kenapa Adam cakap macam ni?
Adam: Tu baby dalam tv tu..mommy dia buang dia..mommy dia tak sayang dia ye?
I: Mungkin la..
Adam: Mommy tak buang Adam kan? (sambil kerut kening)
I: Takkan la...(and I hug him to comfort).
Aduhai anak...he was watching MHI and they talked about morning news...all the while Adam was watching and listening. And I sent him off after I make sure he understand that his presence in our live is very important and that we love him so much. Huhuhu...

Aug 16, 2010

Today is the 6th day of Ramadhan..alhamdulillah. Walaupun dah 'ponteng' tapi hakikatnya, saya tetap berpuasa. Sebab perasaan malu nak makan di pejabat walaupun ada lesen untuk makan dibulan puasa. Therefore bila terhidu bau nasi lemak dari pejabat sebelah (yg confirmed penghuninya semua lelaki), hati saya terdetik..hmm..ruginya la bila berpeluang berpuasa penuh tapi tak ditunaikan.
Bulan Ramadhan kali ni ada banyak beza from last year. Of course, last year we were still at PD..enjoying slow and easy life. But this year sudah menyambut di KL and without hubby tersayang pulanya. Tapi cabaran dan dugaan rasanya makin bertambah. Dengan tugas, rakan sekerja, boss dan juga fellow drivers on the road. Kadang2 dalam hati saya berkata..if pagi2 tak maki hamun driver dijalan, maybe saya akan lebih ceria dan bersemangat ditempat kerja. Saya telah mencuba dengan gigih untuk tolerate tapi makin saya tolerate..saya rasa makin kurang didikan sesetengah driver di Malaysia ni...of course di KL la since saya menetap disini.
Also, the accident rate yg naik mencanak tu bukan sebab element lain tapi kerana sikap manusia sendiri...wallahualam.
Dibulan Ramadhan ni juga kesabaran diuji...dan saya yang selalu fail bab mengurus kemarahan ni boleh rasakan yang saya sedang bekerja keras menahan nafsu amarah apabila sesuatu perkara yg menaikkan kemarahan saya berlaku. But, I'm just a human being..ada kala terlepas juga and hopefully pihak yg dimarahi tu berfikir sebelum menghukum...kenapa anda dimarahi? Adakah wajar anda dimarahi?
Anyway, I do hope, at the end of the day...to go back to my home..and to be with Adam. Penat lelah bertambah lagi bila di rumah melayan si kecil yg banyak tanya tu..but selagi terdaya, saya akan tetap melayan keletah dia. Hilang duka dan hilang lara pada yg tiada...

Aug 13, 2010




I have to agree that a mom will do anything to make her kid happy (daddy too if he is around, I'm sure). No matter how tired (veerrrryyyy tired in my case), sleepy and busy. Macam juggler circus Royal London (wah..nonetheless la) dah jadinya myself last few weeks. If cerita dengan orang pun surely orang geleng kepala. Well, manalah tau yang I will not given any leave after I came back from the course. Since banyak hal yg nak saya selesaikan, saya punya la berharap boss saya dapat memahami keperluan saya minta cuti...tapi menurut dia, saya lebih diperlukan untuk bekerja...masalah saya yg tak settle tu harus diletak ketepi dan diselesaikan kemudian. Hmmm...harus la saya sangat terasa hati kan? Lebih-lebih lagi semua urusan tu takkan selesai hinggalah saya sendiri yg selesaikannya...but, apa pun..pernah dulu masa saya mula-mula masuk askar, ada sorang pegawai ni ingatkan saya, life sebagai askar tak semudah yg dilihat...nampak macam tenang aje on the surface..tapi arus dibawah yg calang-calang dasyat tu..salah dayung boleh hanyut. Jadi, walaupun dalam kepala saya ni berserabut dengan macam-macam hal...saya tetap melayan jiwa anak saya di Cameron Highland. Setelah ditinggalkan mommy yg berkursus dan daddy yg bertugas jauh langkah benua, yang menghiburkan dia..yg berkongsi kasih sayang..hanya tok, tokwan, uncle dan auntie dia aje...so, saya will regret if kesibukan saya jadi halangan untuk we spend time together. The most important thing for me is the happiness and laughter from him..anak kesayangan kami. Walaupun sekejap aje tapi alhamdulillah...he enjoyed the time we had. Insyaallah when daddy comes back, we will go for extended holiday lagi.

Aug 12, 2010

Nota buat Hubby

The distance is so great, sometimes the connectivity and communication are impossible. Because of the time difference between the two continents, the communication is harder. The loneliness is great and the sadness is unavoidable. But our love simply follow you wherever you go and our prayer is always with you whenever you go. Don't be sad my dear hubby...think of those beautiful things we have done together when you feel you are all alone. Think of the sacrifices you had made for you to be there.
Don't be sad when you didn't get to talk to me because your voice is always in my heart. My love for you is still as great as before. Don't be sad okay sayang.

Aug 11, 2010

Firstly, I would like to take this opportunity to wish Selamat Berpuasa dan Selamat Menjalani Ibadah di bulan yg mulia ni. For those yg bekerja, kena la maintain productivity walaupun penat menahan lapar dan dahaga (saya mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya).
Waktu pejabat untuk sepanjang Ramdhan juga ada sedikit perubahan..in which bagus untuk golongan Isteri yg bekerja. I am not sure dengan tempat lain but we are allow to go back at 1530H everyday except on Friday je balik jam 1600. Sempat la if nak sediakan juadah berbuka sendiri. Tahun ni tahun pertama saya dan family sambut Ramadhan di KL..dan tahun di KL tanpa hubby. Rasa agak suram juga tapi saya redha. Hubby disana lebih daif menyambut Ramadhan dengan juadah berbuka yg saya yakin juga ala kadar.
Just kami waiting for hubby to come back next month...tak sabar rasanya.
Owh, our brief family trip to Cameron Highland punya entry nanti saya post ye..gambar dari camera saya belum lagi di upload kedalam laptop. Saya memang sibuk sangat kebelakangan ni..memang tak cukup kaki tangan nak handle kerja, anak, urusan seharian dan hal-hal yg datang bersama setiap hari yg dilalui. Maybe in few months semuanya akan kembali under control..harapnya la.

Aug 3, 2010

Hari ni I made the first step...rasa something heavy when I did that..and I never thought I could feel like what I felt this evening. A realization of, my boy dah besar rupanya...and I am letting go of him when I registered his name to the pre-school...seriously emo kan? I don't know if anyone would feel the same but itu la yg saya rasa. Masa isi form pulanya..emo masa sendiri when isi column waris yg boleh dihubungi...usually nama daddy la yg tertulis kan..but now, hanya nama mommy sorang aje...seriously my hormone is haywired.
So, next year Adam will go to school...and although I would prefer the International school yg dekat rumah, they don't have place for a 4 years old kiddie...and Smart Reader is way out of my jalan to pejabat. Lagipun, daddy punya choice Genius Aulad ni. Our intention is to instill good basis of Islamic Education for him, plus a good command of English as well as Bahasa. I made a sneak peek masa pergi ke sana tadi and yes, the teacher taught the kiddie in English..even the doa. Hopefully Adam will like his school.
And I am still bargaining with time...kepala saya penat berfikir dan saya rasa letih nak berperasaan...banyak yg saya perlu uruskan...rasa macam nk fotostate je badan ni so that boleh handle all things at one time. Dan saya kesian pula nak mengadu pada hubby...kesian if dia susah hati.

Aug 2, 2010

Sila abaikan eye bag yg sangat huduh itu..huhu..
Vocabulary budak dalam gambar ni dah bertambah...hehehe..you just can't win.
Hari ni dah hampir settle urusan yg tertangguh disebabkan saya berkursus. Balik Taiping weekend lepas pun banyak selesaikan urusan dibank...payment kereta (yg 2 buah tu)..nasib baik sebuah lagi dah habis bayar, payment bills...penat penat..sampaikan Ibu yg menemani saya pun mengadu penat melihat saya berkejar kesana sini. Apa nak buat kan? Anak ibu terpaksa handle tugas suami dan isteri, mommy dan daddy sekaligus sekarang ni. Just I am grateful it is only for a year...just imagine wanita yg betul-betul single mother yg buat semua tu for life?? Saya kagum.
Lagi..kain baju melayu Adam pun dah siap dibeli. Untungnya walau last minute pun, my mom yg buatkan so tak kisah sangat. Sebab baju melayu Daddy tak sempat beli (Walaupun pakcik yg selalu buatkan baju melayu hubby still terima hubby nye tempahan tak kira bape lewat pun)...I belikan warna yg sama dengan baju raya 2 tahun lepas..Daddy recycle baju la nampaknya tahun ni...takpelah, tahun depan buat yg baru ye. Pakaian Adam yg lain pun I dah siap beli..so that I don't have to wade throng of crowd masa Ramadhan nanti.
Attitude saya yg laisadical ni rasanya dah berubah kembali ke zaman single dulu. When semuanya kena handle sendiri. Bezanya tanggungjawab saya bertambah dengan Adam dlm hidup kami sekarang ni. Tak susah dengan support from family tapi sukar...banyak hal yang menyebabkan saya rasa tak sabar nak tunggu hubby balik and be with us again.