Jan 1, 2009

1st ink of 2009

Semalam beria je nak tunggu new year menerjah and celebrate by makan kebab (kes malas la nih) but halfway citer Pirates of The Carribean-The Dead's Man Chest, dah melunjur kat sofa...
Ditambah virus selsema yg menyerang, badan rasa letih je.
Tahun nih adalah my first time sambut new year di sini (PD) and since N9 sedang berkabung atas kemangkatan Almarhum, tiada sambutan di mana-mana. So we thought taklah ramai orang kan..tetapi sangkaan ku meleset sama sekali kerna orang tetap berpusu datang bercuti ke PD. Maka kami..penghuni-penghuni disini terpaksa la duk je kat umah kerana tak sanggup nak bersesak bersama.
Seingat aku.. every New Year ni aku tak pernah lagi la celebrate dengan pergi ke mana-mana atau join apa-apa party semenjak dari zaman belajo lagi. Malas nak bersesak and malas nak tengok perangai orang yg bermacam jenis yang memualkan. Macam semalam la...tidurrr..
apa pun bagi yang nak celebrate tu, tak jadi masalah la kan..atas diri masing-masing le ye.
Yang penting I would like to wish
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009, SEMOGA HIDUP DIRAHMATI DAN BEROLEH KESIHATAN DAN KEJAYAAN SOKMO.

1 comment:

Hannahadi76 said...

happy new year to you too my dear....