Petang ahad yang sejuk dek hujan tak berhenti dari malam tadi memang sangat menyamankan. Perut pula kenyang dialas nasi kerabu..fuhhh...damai je jiwa. Saya tak bertanggungjawab masak nasi kerabu yg sangat sedap tu tapi Kak Shidah, emak kepada Mimi yg belajar Add Math dengan adik saya yg menghantarnya semasa menjemput Mimi balik selesai kelasnya tengahari tadi. Plan saya dan Ain nak keluar membeli barang-barang dapur yg sudah kehabisan tapi memandangkan Adam yg baru sembuh dari demam (iye, this time demamnya lebih seminggu), saya tak berani bawa dia keluar rumah kerana cuaca yg sejuk dan hujan ni. Postpone lagi la hingga hari cuti warga Wilayah pada Selasa akan datang ni.
Semalam agak panjang lebar saya berbual (ber-ym) dengan hubby walaupun dengan connection yg timbul tenggelam di Congo dan Malaysia. Banyak yg dibincangkan dan alhamdulillah otak saya kurang sikit serabutnya. Dah lama saya tak dapat berbual panjang dengan hubby sebenarnya. Walaupun dia call setiap hari tapi dengan kesibukan saya dan dia, juga jarak yg jauh menyebabkan ada yg tak terucap..hehe.
Therefore, walaupun harini hujan dan mood pun mendung aje...tapi hati saya lebih tenang dan happy....walau hakikatnya..banyak lagi kerja nak buat, barang belum start packing dan keperluan yg harus dibeli belum lagi dibeli...hahaha...
No comments:
Post a Comment