Nov 28, 2009

Salam Idul Adha semua,
For the first time , kami beraya tanpa ibu dan ayah. Apa rasanya? Sunyi dan sayu. Apalagi bila mendengar takbir...ingatan jauh melayang pada mereka yg diketika ini berada di Araffah mengerjakan Ibadah Haji. Though we are glad, ayah ibu dipanjang umur dapat mengerjakan rukun Islam yg kelima , ketiadaan mereka sangat dirasai in which merupakan ingatan pada kami tentang pentingnya ibu dan ayah. Bagaimana jika mereka benar-benar telah meninggalkan kami suatu hari nanti...pergi yg tak kembali? Kuatkah hati? kuatkah semangat?
Semalam we get to talk with ayah dan ibu. Semua sekali berpeluang mengucapkan Selamat Hari Raya pada ayah dan ibu. Ceria dan berbunga-bunga dihati bila dapat mendengar suara dua insan yg amat kami sayangi. Cuma adik yg terkelu dengan sebak tak dapat bercakap lama dengan ibu. Mungkin dia yg paling bongsu dan sangat terasa ketiadaan ibu ayah. Seperti kebiasaan kami..raya selalunya lebih banyak di rumah dari keluar tanpa arah. Jika sebelum ini, Raya Haji kami sambut di Kedah sebab setiap tahun, tokwan akan buat korban dan kenduri...tahun ini sepi kerana tokwan juga berada di Mekah. Jadi we already decided to celebrate it at Taiping. Kawan-kawan rapat ayah ibu ada dan opah di Pokok Assam juga ada...begitu juga dengan Pakcik Mat di Kuala Kangsar. Tapi so far sebuah rumah pun belum kami kunjungi. Setakat waktu entry ni, kami masih sibuk menguruskan rumah yg lama ditinggal. Menguruskan minum pagi dan makan tengahari.
Kesimpulannya, Raya Haji tahun ini serba sederhana dan setakat ini belum ada pics yg menarik untuk dikongsi. Maybe untuk entry malam nanti lebih banyak cerita dan gambar yg boleh dikongsi.

1 comment:

Hannahadi76 said...

akak dah pernah merasa kedua2nya. first time bila my parents mengerjakan Haji and second time, me myself beraya di sana. hati mana yang tidak sebak. lebih2 lagi mendengar alunan labbaikallah dan suara takbir di bumi Mina.
though masa tu akak still kecil lagi, but the feeling tu..... sama macam apa yg jue rasa...