Dec 27, 2008

Angin Timur Laut


Memanglah di PD skang angin tengah bertiup kencang...bukan setakat di tepi pantai nan indah tu je tapi dah melanda sampai ke dalam rumah ni. Hari ni hubby ada business meeting di Manjung so I am at home melayan prince sorang ni kat rumah. Mula tu nak juga ikut since teringat nak jenguk rumah kat 'Venice of Perak' tu but on the second thought, tak sanggup nak meletihkan badan ni. So masa tengahari tadi dapatlah call untuk standby kawalan jenazah untuk Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan yang mangkat lebih kurang jam 1145. So far setahu aku kawalan ni lelaki yang akan ambil but since dah disuruh standby, aku standby jelah...sebabnya leave pass tak buat and weekend pass pun tak isi. Takde reason la untuk tak berada in station. TETAPI..hubby aku tu bercuti (dia sangat jarang bercuti dan sangat susah nak dapat cuti) and pegawai bertugas contact dia untuk buat kawalan. Dah lah dia jarang cuti..bila cuti jadi camni lak...yang membuatkan kepala aku rasa 'membesar' ni sebab ramai lagi pegawai yang berada di KL yang tak bercuti...tapi hamba Allah sorang ni yang bercuti jugaklah yang nak diganggu.

Hubby aku yang berada di Manjung tu dipaksanya balik segera. Sedangkan pegawai di KL tu tak cuba dihubungi atau dicari dulu...pelik aku dengan Pegawai Bertugas MTL ni. Of course sebagai anggota tentera bila dipanggil harus melapor segera tapi ni bukanlah darurat atau ada operasi yang perlukan tindakan serta merta. Patutnya dicari dulu yang mana yang tak bercuti dan berada berdekatan...I'm sure ada ramai lagi. Nyatanya bagi aku, Duty Officer MTL hari ni malas nak mencari.

Yang paling membuatkan aku angin is sebab esok dah plan nak bercuti ke Melaka...hotel dah bayar, kalau tak pergi memanglah burn camtu jek duit tu.

Benda-benda camni le yang buatkan aku kena revise balik plan aku nak opt for regularship....
and angin aku tak surut lagi...hangin jek..

No comments: