Flash mob lebih dikenali di dunia barat dimana ekspresi seninya lebih 'open' and berani.Namun,di Malaysia juga ada diadakan flash mob okay. Jika kita search dalam youtube 'flashmob Malaysia' kita akan disajikan dengan flash mob yang menarik kerana ada 3 jenis bahasa dalam satu flash mob. Ianya diadakan di KLIA dan saya rasa masyarakat Malaysia sekarang lebih bertoleransi dengan kaedah penyampaian kreativiti seni dalam bentuk ini.
Saya pernah sekali sahaja terserempak dengan flash mob ini di kota Melbourne semasa di dalam tram.Agak lucu dan mengerikan (sebab takut ditarik menari bersama).Sebaik pintu tram dibuka,kumpulan ini terus berhenti,keluar dan menuju ke destinasi masing-masing seolah-olah tiada apa yang berlaku.Penumpang tram yg ada terpinga-pinga sesama sendiri dan kemudian ketawa bersama.
Saya rasa bagus juga untuk buat orang Malaysia tersenyum dengan flash mob ini.Sebab senyuman orang Malaysia sekarang sangat mahal. Do you agree?
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 comment:
sponteneous@ suprises, love it love it not :)
Post a Comment