Bagi Adam ayat ganti nama 'aku' itu adalah satu dosa kerana dia telah diingatkan supaya menggunakan ganti nama yang sopan seperti 'saya' atau ' I' apabila membahasakan diri kepada kawan-kawan.Jadi,apabila saya atau orang sekeliling dia menggunakan ayat 'aku' dihadapannya,nescaya bakal mengundang kerutan didahinya diikuti dengan kata ingatan bahawa ayat 'aku' itu tidak disukai Allah.
Oleh sebab itu,saya hanya gunakan dalam penulisan atau semasa berbicara tanpa kehadiran Adam.
Okay,back to the root of the story.Diatas tadi hanya preemble.hahaha.maaf ya.
Saya suka bunga yang segar,hidup dan bewarna manis.Saya tidak gemar bunga plastik sebab bagi saya ianya fake dan mati.Therefore,saya hanya punyai 3 jambangan bunga fake ini dirumah.Itupun setelah dinasihati Ibu yg katanya rumah saya terlalu ringkas dan kaku.Bagi saya,tanpa bunga plastik lebih senang mengurus kebersihan rumah sebab tak banyak habuk yg melekat sana sini. Nak menghias rumah dengan fresh flower setiap 2 hari adalah diluar kemampuan. Di pejabat pula,saya tak pernah menghias dengan bunga mahupun gambar peribadi.Yang ada hanya buku-buku dan files.
Namun semenjak saya menjadi Pegawai Penasihat BAKAT,dan dalam pelaksanaan tanggungjawab itu,saya banyak menyimpan bunga-bunga plastik ini dipejabat kerana keperluan.Apabila mengurus sesuatu function atau aktiviti,pelbagai perkara dari yg paling besar dan penting hingga ke yg paling kecil dan tidak penting harus difikirkan.Warna ribbon kerusi,warna font backdrop,hatta tissue toilet pun harus diperiksa.
Pejabat saya yang dahulunya simple dan straight forward telah banyak berubah.
Itulah yang dikatakan,pekerjaan dan tanggungjawab boleh mengubah personaliti seseorang.Kawan-kawan sekolah yg mengenali saya mungkin dapat menilai perubahan diri saya sekarang.hahaha.What about you?
Published with Blogger-droid v1.7.4