Apr 26, 2010

Lagi 6 hari saya nak tinggalkan hubby dan anak saya for a career course for about 3 months long. Yeah, mak saya cuba ceriakan saya by saying, '3 bulan bukannya lama pun..sedar-sedar dah nak balik, tamat kursus'. HAHA...positif nya mak saya tu. I think inilah kursus pertama saya yang agak lama semenjak Adam lahir. Tak pernah lagi saya tinggalkan dia for this long. Walaupun saya boleh balik every week pun, mana nak sama dengan menatap wajah dua-dua orang yg saya sayang setiap hari. Sure la nanti meleleh air mata nak tinggalkan dia.
Ditengah-tengah saya kelam fikirkan nak tinggalkan Adam..saya dihidangkan dengan satu lagi berita yg lagi buat saya black out sekejap. Walaupun hubby berkali-kali mengingatkan saya yg semuanya belum confirm, belum tentu, belum pasti...saya dah memenatkan otak saya berfikir...sampaikan tak boleh tidur malam 2-3 hari. Asalnya saya yg meminta izin hubby untuk apply berkhidmat dibawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu dan dia memang reluctant habis nak let me apply. Then, bila dia diberi peluang, walaupun saya was was untuk ditinggalkan, saya redha supaya dia dapat pengalaman yg beharga. Hati saya berbelah bagi...tapi saya harap dengan persetujuan saya, hubby saya akan lembut hati nanti nak let me do the same..hohoho.
Wokey, cerita lain, last few weeks yang saya busy terkejar sana sini, tidur tak menentu..sebab kerja-kerja dibawah ni. Nak share gambar banyak-banyak sebab upload sangat slow harini saya dapat gambar2 ni ajelah. Sedari awal April lagi we were busy dengan eksesais Haringgaroo ni. The name derived from (Malaysia-Harimau + Australia-Kanggaroo) sebab joint forces dengan askar Australia.Banyak yg boleh dipelajari dan ada la few yg tak boleh ikut. Penat memang tak terkata tapi puas bila kerja dihargai orang.
Group picture selepas majlis penutup...sebelum bom asap di letupkan..havoc.
Juruacara majlis...

Serious berbincang pasal aktiviti..hehehe..

No comments: