Apr 11, 2009

Kerana telah mengabaikan dia sepanjang minggu, petang tadi just for the sake of bawa dia keluar ambil angin (angin aircond kat The Store jek..hehehe), kami gagahi juga supaya hati dan badannya yang kurang sihat itu kembali ceria. Duk terkurung dlm rumah pun asyik merengek minta dukung je. Disebabkan peristiwa Adam nangis-nangis nak tengok cite CARS masa preview ASTRO jam 2 pagi tadi, maka mommy pun merelakan duit bertukar tangan membeli CD CARS dan Bee Movie agar dia boleh tengok bila-bila masa dia nak tengok (dlm hati berdoa jgn la dibuat perangai nak tengok cd jam 2 pagi macam awal pagi tadi lagi). So masa di kedai Speedy tadi, dia dapat je CD CARS tu terus meluru ke kaunter bagi pada cashier.pastu minta duit ngan mommy nak bayar..hahaha..ingat ke nak keluar duit sendiri punya laju berjalan ke kaunter.Agaknya dia takut mommy berubah fikiran tak mo beli kut..hehehe.
Masa balik tu since nampak macam dia bernafas through hidung, aku pun tanya la
M: Hidung Adam tersumbat ke?
A: Tak (sambil geleng kepala).
M: Mommy nampak macam Adam bernafas ikut hidung je?
A: Nafas?
M: Yelah, Adam tak boleh bernafas ke?
A: Tak (geleng lagi kepala)
M:Tadi mommy tanya hidung tersumbat ke tak, Adam kata tak?
A: Tak.
M: Hari ni terasa nak cakap 'tak' ye?Semua benda pun tak aje..(masa ni daddy yg tengah drive dah tergelak)
A: Nak tisu..(sebab hingus dah meleleh)
*Aku berbual dengan Adam guna bahasa biasa..takde guna baby talk langsung dari dia baby lagi and tahap kepelatan dia pun kurang..bahasa dia sama dengan bahasa percakapan harian aku dan hubby.
Kesian Adam, bangun pagi dapat flu..berhingus hidungnye. Patut semalam tidur tak nyenyak..kata orang demam sebab tambah umur..entahlah..yang nyata perangai buli mommy tu makin menjadi..terbaru ni, suka tarik rambut mommy sampai rasa nak potong style GI Jane je..hahaha..Adam oh Adam..

No comments: