Dah berhabuk bersawang rumahku ini dengan cerita-cerita yg tidak diupdate. Tuan rumah agak sibuk mengatur balik atur cara di rumah yang habis bersepah dek kesibukan yg baru je berlalu. Bukan takat computer je yg perlu defragment kan tapi jadual hidup pun kena juga untuk ambil yg berkualiti dan mengisi mana-mana ruang kosong yg ada. Adam yg membesar dan sedang belajar banyak perkara adalah pengisian utama disamping membetulkan masalah-masalah komunikasi sebelum menjadi masalah besar dalam hidup berumah tangga. Janganlah tunggu sehingga perkara kecil menjadi besar baru nak melatah. Bukan sekadar dalam hidup berumah tangga tapi juga dalam hidup seharian.
Bulan Mei bakal menyusul. Umur hubby dan umur tuan punya rumah ni pun bakal bertambah. Bila bertanya pada hubby, apa hadiah yg dia mahukan? Sebabnya aku malas nak beli benda yg dia akhirnya tak guna...jawapannya dia dah dapat apa yg dia mahu untuk hadiah birthdaynya sepanjang hayat...alahai..syahdunya aku dengar. Tapi aku nak juga belikan something for him..because dia dah belikan aku lap top yg comel berbunga-bunga ni. Antara golf set dan jam tangan.. yang mana yg dia betul-betul perlukan? If aku bagi golf set, maknanya aku yg merelakan masa lapang hubby diisi mengukur padang golf dari melepak bersam-sama...dan aku tak boleh la membebel menyalahkan hubby kerana lebih kerap memotong rumput di padang golf dari di rumah kan? If aku bagi dia jam tangan..kawanku yg berbangsa Cina berkata, seolah aku memendekkan umurnya..huh??betulkah? atau sekadar ingatan yg masa di dunia dah semakin pendek? Apa pun maksudnya, yang penting keikhlasan kan?
No comments:
Post a Comment