Nov 28, 2008
Jom Bali
Kesabaranku diuji
Oleh kerana hari ni aku takde sesi jadinya bercuti la di rumah. Niat nak kepejabat di cancell just because I think dah lama aku tak spend time dengan anak teruna kitaorang tu. So instead of going to office and sending him to his baby sitter...kitaorang duk la di rumah berdua. As usual pagi-pagi bawa la anak teruna tu beli kuih and mee hon goreng fave dia. Sikit je dia makan..walhal mama dia kata selalunya banyak dia makan...aku fikir maybe la dia minum susu and kenyang lagi. Bila dah masuk jam 1000 pagi dia dah gosok-gosok mata sambil merengek. Which signaled dia mengantuk nak tidur la tu (bangun awal budak nih..kul 6 pagi dah celik mata dah). So aku bawa la dia masuk bilik tapi dia tak juga nak tidur...siap tunggang botol susu dia kat atas tilam. Makanya lencun la comforter dgn susu dia. After tukar semua (cadar, comforter, sarung bantal dan baju dia since lencun dah dgn susu) aku pun tidurkan dia..tapi dari jam 1030 tu macam-macam kerenah dibuatkan...jam 1230 baru tidur. Aku baru je nak mop lantai disebabkan dia makan skang ni dah tak nak bersuap...dia dah bunyi balik. Baru 45 minit tidur dia dah bangun!!! Sabar sabar sabar...
While dia main kat depan aku cepat-cepat masak nasi kat dia and then suap dia makan..nasib banyak juga yg dimakannya. Yang berterabur kat lantai tak yah citer la..penat mop lantai tak habis lagi dah kena mop lagi nampaknya...after dia makan buah betik..dia merengek lagi. So aku bagi la susu and amatlah berharap agar anak aku ni tidur. Coz dia memanglah tak pandai main sorang-sorang kat depan..nak ada yang temankan sepanjang waktu. So keje umah aku hari ni hampeh satu pun tak leh buat. Aku okay lagi la...tapi bila masuk bab dia mengantuk sangat-sangat and bila aku tidurkan dia..sekali lagi dia buat botol susu dia macam botol kicap...aku menjerit sekuat hati aku...memang aku hilang sabar dah....masa tu agak-agak hampir 3 jam la aku tidurkan dia yang tak tidur jugak walaupun mata dah merah coz mengantuk...pastu boleh la selamba dia je tunggang botol susu dia...cadar and kain yg berlambak dlm washing machine tu pun tak settle lagi..dah buat hal lagi.
Sepanjang hari ni memanglah dia merengek je ngan aku walhal if hantar kat rumah pengasuh dia boleh la pulak behave himself...so today memanglah mood aku tak okay..habis semua orang kena snap termasuklah hubby. This is when people better not to mess up with me la..habis aku trash kan semua orang!!
Nov 27, 2008
Getting better
Today I have only morning session to complete..means I have afternoon off and finally I get to 'rest' for 5 days..pergh..best sangat la rasanya but pity those who have to shoulder the responsibility as Ketua Pengawas and Penolong Ketua Pengawas as they have to turn up EVERY DAY. They will not get a single day off and though they get paid more, I think it's not worth much. Although I have to 'standby' in case of excident, I still could get the 5 days off. Although tak boleh kemana-mana but still, 5 days off is a good news.
Adam is also getting better but we have to see his doctor as I could hear a sound of mucus in his chest..not that the mucus is singing la kan but bila dia breathing, ada dengar bunyi dari lungs dia. So, since aku ni phobia betul dgn hospital (YES I AM), preventing is better than cure is my motto.
Aku pula after 2 days of Panadol soluble..is in perfect health...hehehe..alhamdulillah. If tak sihat nanti tak buleh la pulanya nak ke wedding SUZIE nanti. Since dah dekat sangat rumahnye ngan rumah ku jadi kami akan memeriahkan lagi hari yang bersejarah tu.
Hari ni juga kawan-kawanku ada yang bertambah 'rezeki' dengan mendapat cahaya mata. Tahniah la untuk Lt Kdr Rozila and hubby dapat baby girl and also my skot Mej Norlin and hubby yang dikurniakan baby boy. Sumanya dah masuk yg the second one dah ni...aku jek yang agak tertinggal sket. Takpe kawa-kawan..I'll catch up with you all soon. With all good news..everything is getting better.Alhamdulillah.
Nov 26, 2008
Bugged by flu
Adam was the first victim of this circulated virus and I was bugged few days afterwards and to 'help' this matter, hubby is outstationed AGAIN..feel like crying (in fact I did when Adam woke up in the middle of the night and wanted to be carried until he fall asleep). Dah la diri sendiri rasa nak bangun pun tak daya..ini anak pula nak berdukung sepanjang malam. Usually I'm not the rajin type yg nak makan ubat...after hours of excuses and convincing barulah nak makan ubatnye..tu pun bila hubby agak-agak dah sampai ketahap nak keluar asap or api dah la tu but since I was alone with Adam and he demanded attention from me..kenalah makan ubat dengan rela hati...dibuatnya aku pun langsung tak boleh bangun..apa cerita kan?
Jaga exam tetap macam biasa walaupun demam...pity the kids la nak concerntrate dgn aku yg asyik sneeze and coughing. Nak buek camano kan..tugas tetap tugas..ampun kan den la yo.
Jam 1945 hubby selamat sampai ke rumah, disambut jeritan dan tangisan manja anak teruna dia...terus la dia tolak mommy nye ini ke tepi. But this time around I really don't mind. Cause aku nih tunggu masa je nak tumbang nih..
But I feel a huge relief for hubby is finally home...malam ni nescaya aku tidur nyenyak..hehehe
Nov 23, 2008
Loosen up
Al-kisah hari minggu
Usually we try to escape the crowd pouring to PD especially during the holiday season. Like pelik tak? Orang beria jek datang bercuti ke PD yet we like nothing better than to go outside PD. Reason is we don't really like crowded places to begin with and then I can't stand 'weird' people hanging around the restaurants or warung.
Unfortunately this week I'm on duty therefore we have to opt the option of staying at home. Since Adam is also still not feeling well though he seems okay than yesterday, we dare not venture into the heat...yup, PD is blazing with heat.
This early morning I got several miss calls from the Officer On Duty( my phone had switched off unoticed last night) and when I returned the call, bad news is waiting...one car involved with an accident early this morning and out of three, one is in coma and in critical condition. So I rushed to Seremban's hospital and by then he was in the operation theatre for emergency operation. This evening I went to see him again as I was informed he is in the ICU. The news which greeted us is not a positive one. He underwent a 4 hours operation to take out the blood clots in his brain and in a deep coma. The condition is critical!!
I feel pity towards his mom and I don't have the heart to reaveal that his son is critical when she asked me about her son. We asked her to see her son but she refused...I guess I would do the same if I happen to be in her shoes. I'll let the doctor explain her son's condition as I'm not given with 'hati batu' as it says. Please pray for this guy if you're reading this.
Nov 22, 2008
Not feeling well?
Alkisah semalam tokwannya Adam datang ke rumah after mengangkut barang-barang my sis di kolej. Saje nak jalan-jalan di PD nih sambil jenguk anak-anak dan cucu kata dia. My mom tak ikutlah coz hero-hero yang disebelah utara nun nak balik ke rumah. Kesian pula nantinya balik ke rumah takde umat.
Masa Adam diambil dari rumah baby sitternye itu, rasanya happy dia macam biasa dan suhu badan pun rasanya pada tahap normal..I've been watching his temp as 2 hari dah badan dia ada panas sket tapi sekejap-sekejap. Balik je ke rumah dan melihatkan ada tokwan dan makteh nye, dia pun bertukar menjadi Adam yang manja..aduh la...merengek je ngan tokwan dia. Disebabkan cuaca yang panas, dia kena la 'kurung' dlm rumah sampailah jam 6 pm. Tokwan pun bawa lah dia bermain-main kat playground depan my house. Aku nak melayan sangat dia tak boleh la coz nak prepare dinner lagi..Bila malam menjelang mula la dia merengek dan menangis kuat tak ingat...adus..dengan badan sendiri yang kurang sihat dan kurang rehat..dgn anak yang merengek-rengek dan menangis.
Tengahari tadi lepas jalan-jalan kat Teluk Kemang (Nama je duk sini tapi nilah first time jejak kaki kat pantai Teluk Kemang nih), dia merengek lagi..so just to satisfy my instinct, pegi le melawat Doktor yg selalu kitaorang jumpa..sah le anak teruna kami ni selsema..maybe dia merengek tu coz sakit kepala and sakit badan..hai lah..kesian hero nih..kecik-kecik dah sakit kepala ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)