Susah betul hati..gundah gulana jadinya. Resah...rasa berat je perasaan. Pesan sidia jika hati resah banyakkan baca Al-Quran, solat sunat. Saya tahu semua tu dan saya buat. Tapi adakalanya hati resah ni tak nak mengalah. Bukan saya tak biasa ditinggal-tinggalkan tapi ada certain time...saya perlukan someone to comfort...offer me a warm hug after a long hard day at work after kena maki hamun segala. Sometimes Adam also could be a challenge for me..ada masa dia punya keinginan..dan kenakalan as a kid. Sometimes when I'm too tired and emotionally drained..I feel so down and frustrated dengan kenakalannya. Dia dah besar..saya tidak boleh lagi memarahinya seperti yg saya buat sebelum ni. Tapi ada masanya saya terlalu penat untuk berdiplomasi.
Saya senang hati bila sidia kini bertugas ditempat baru...tidak lagi akan keluar membuat patrolling setiap hari...tapi masa untuk berbual (ber ym) sudah terhad dengan beza waktu 7 jam. Dikala saya sudah melelapkan mata..dia baru habis waktu kerja. If dulu selepas patrolling dah boleh online..tapi sekarang..masa semakin terhad. Saya rindu teman lawan bicara saya, saya rindu my devil advocate, saya rindu logik diayg sometimes buatkan saya geram dan saya rindu segala-galanya tentang teman hidup saya itu.
p.s. saya sedang emo sebab apa tah..
No comments:
Post a Comment