Saya hanya berpeluang belajar kembali membaca Al-Quran dipejabat sebab sepanjang tahun ada klinik Al-Quran untuk semua staf.Beruntung rasanya sebab kalau tak diperuntukkan masa untuk hadir tadarus dan klinik Al-Quran ni,mungkin bacaan makin merosot sebab takde guru yg nak tolong check bacaan kan.
So far puasa saya hanya ponteng di minggu kedua sebab demam dan muntah-muntah yang agak kritikal.Alhamdulillah tenaga saya bertambah bagus since sembuh demam haritu.Yang kurang bagus ialah berat badan merosot turun.Bila check-up memang dapat dakwat merah la ye.Based on my experience masa mengandungkan Adam dulu,berat saya hanya akan naik bila dh masuk 5 bulan.Mungkin yang ni pun sama.Saya rasa badan saya ni macam di pam pam dah tapi berat tak naik?
Other than that,baby sihat dan membesar accordingly (to my relief).Saya ngeri aje bila ada check-up takut nak dengar berita sedih macam yang lepasx. Bila dengar heartbeat baby yang steady,saya bersyukur diberi peluang mendengar bunyi nyawa yg sedang membesar.Inshaallah,saya akan update on the journey jika diberi kelapangan dan kesihatan yang baik.
Adam Muqriz buah hati saya so far menerima baik the news.Saya kata so far sebab belum muncul lg orang baru kan.Tapi sensitif ibu mengandung ni rupanya dibawa dek anak teruna sorang tu.Pantang tersalah cakap,muncung mau sedepa,then menangis tunggu dipujuk.Manja overdose tak payah cerita la...Saya and hubby layankan aje.Cuba memahami kehendak dia yg mungkin cuba sesuaikan diri untuk berkongsi.
Okay,in case saya tak sempat nak update entry before Hari Raya,I would like to wish all readers,Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir batin andai ada tulisan yang tak menyenangkan hati.Take care.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment