Rasanya macam baru semalam saya berpeluh-peluh selesaikan urusan dokumentasi untuk datang ke Australia. Dan masih teringat-ingat angin sejuk yang menyambut kami di Tullamarine Airport 3 bulan yg lepas. Macam baru semalam aje bersengkang mata menyiapkan portfolio dan assignments. Semalam selesai majlis graduation kami dan hari ni ada beberapa kawan-kawan sudah pun pulang. Giliran saya petang esok dan merupakan orang terakhir meninggalkan DITC (from our course). Semasa majlis graduation, semuanya sebak.. kerana sepanjang 3 bulan bersama, walau ada masa tak sependapat, tapi hubungan masing-masing masih erat. Apatah lagi kami berempat yang tinggal serumah. Rumah yang sentiasa ceria dan gembira dengan gelak ketawa. Walaupun ada kala masing-masing tension dan serabut dengan tugasan, ditambah kerinduan pada orang-orang tersayang...tapi we support each other well.
I do miss the good times we had together...in the class and outside the class. Saya gembira to finally go back to Malaysia but biasalah..tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat mencari ilmu. I'll post the graduation picture later sebab dah pack semua barang-barang untuk balik. Until we meet again all my friends...Sayonara.
No comments:
Post a Comment