Saya dah kata, bila mood menulis datang kan, hari-hari la ada entry. Sengal kaki berjalan seharian tawaf bandar Melbourne..hasil?huhuhu..tawaf Mekah ada juga faedah dan barakahnya kan? tapi kalau tawaf bandar melbourne..apalagi jika tawaf Direct Factory Outlet(DFO), duit la banyak keluar. Minggu ni sale sakan sempena Easter dan Good Friday so ramai betul umat di DFO dan Melbourne City. Bersesak-sesak dengan macam-macam kerenah. Keluar dari DFO, tersentak dengan hujan..alahai..windy and raining semua cukup. Berlari-lari la kami berdua mencari tempat berlindung dan makan malam (merangkap breakfast dan lunch)...terperasan dua student dari Malaysia tapi sebab dah terlalu kedepan..taklah sempat menegur.
Ada masa saya pelik juga..dan tertanya-tanya..segelintir students Malaysia di bandar Melbourne ni agak 'kedekut' senyuman dan sapaan. Bila bertemu ada yang sekadar menjeling aje walaupun disedekahkan dengan senyuman...sadis sungguh dan diluar batas pemahaman saya. Sekiranya bangsa lain berada dibumi asing ni, pantang jika terjumpa saudara serumpun..hatta ditepi jalan pun sakan bersembang. Saya tak nafikan..ada yg ramah dan baik mesra menegur..tak semua yg masam mencuka. Tapi itulah..terkilan bila senyuman dibalas dengan jelingan. Apa nak dikata?hmmm...
No comments:
Post a Comment