Apr 9, 2011

Happy Birthday Mohamad Adam Muqriz

You're our precious, our beloved son and little qaliph in our lives. The one and most loved by whom touched by your smile. Our prayers for you to be a righteous son, devoted to your creator and religion. We pray for your well being and happiness.

Mohamad Adam Muqriz, our heart and soul, may the age you gain will bring more for you as you grow up. Fight my little qaliph and never let your sword of courage down to let others trample you with hatred and malice. Always be true and carry honesty above your proud head. Mohamad Adam Muqriz my love, as we surrender our faith to Allah swt, always know that we love you so much and you're always our little munckin of happiness. Happy 4th Birthday my dear son and Insyaallah, Allah will give you the best with our doas. Mommy and Daddy love you so much.
Love from mommy in Melbourne and daddy in DR Congo for Adam in Malaysia.
Saya dah kata, bila mood menulis datang kan, hari-hari la ada entry. Sengal kaki berjalan seharian tawaf bandar Melbourne..hasil?huhuhu..tawaf Mekah ada juga faedah dan barakahnya kan? tapi kalau tawaf bandar melbourne..apalagi jika tawaf Direct Factory Outlet(DFO), duit la banyak keluar. Minggu ni sale sakan sempena Easter dan Good Friday so ramai betul umat di DFO dan Melbourne City. Bersesak-sesak dengan macam-macam kerenah. Keluar dari DFO, tersentak dengan hujan..alahai..windy and raining semua cukup. Berlari-lari la kami berdua mencari tempat berlindung dan makan malam (merangkap breakfast dan lunch)...terperasan dua student dari Malaysia tapi sebab dah terlalu kedepan..taklah sempat menegur.

Ada masa saya pelik juga..dan tertanya-tanya..segelintir students Malaysia di bandar Melbourne ni agak 'kedekut' senyuman dan sapaan. Bila bertemu ada yang sekadar menjeling aje walaupun disedekahkan dengan senyuman...sadis sungguh dan diluar batas pemahaman saya. Sekiranya bangsa lain berada dibumi asing ni, pantang jika terjumpa saudara serumpun..hatta ditepi jalan pun sakan bersembang. Saya tak nafikan..ada yg ramah dan baik mesra menegur..tak semua yg masam mencuka. Tapi itulah..terkilan bila senyuman dibalas dengan jelingan. Apa nak dikata?hmmm...
Iye iye..sindrom menulis sudah datang (so glad). Tapi entry bithday Adam I dah tulis lama..during March lagi..haha..sangat excited dengan birthday anak..sebab setakat hari ni kami hanya ada sorang saje permata hati. Susah payah kami nak dapatkan sorang tu jadi maafkan keterujaan saya sebagai mommy.

Saya ada cakap dengan housemate yg saya sangat appreciate weekend ni..err..setiap weekend pun saya bersyukur tapi weekend kali ni saya rasa sangat happy. Ada few reasons:



  • Saya dah hantar Portfolio Part B (sangat rasa nak menjerit lompat-lompat tapi control okay). Belum dapat feedback dari Guidance Officer tapi at least beban sampai tak tidur bermalam-malam tu dah selesai alhamdulillah. Separuh dari perjuangan sudah berjaya.


  • Lagi 2 kali weekend saya dapat jumpa hubby dan anak kesayangan saya..insyaallah. Makin dekat reunion kami jadi saya sangat happy overloaded. Bukan senang nak dapat peluang berholiday di luar Malaysia sebabkami bukan kaya raya. Allah tarik nikmat saya bersama anak tapi Allah gandakan rezeki kami sekeluarga..alhamdulillah.


  • Minggu ni ada sale best sempena Easter. Saya tak sambut tapi saya sambut sale tu..haha. Bukannya boleh shopping bagai nak gila pun sebab elaun ciput aje. Sekadar nak beli barang keperluan untuk guna masa Bush Camp nanti (minggu depan). Tapi perasaan bila beli barang tu kan yg paling best walaupun setakat beli ubat gigi..hahaha.

Hubby ingat saya bercamping esok jadi awal-awal lagi dah turunkan pesan dan doa..hehe..masa tu saya tengah mamai baca sms dia. Then dia call berkali-kali dan saya mamai lagi..iye..sehabis kelas harini saya balik terus zzzz...masa dikelas tadi pun saya jenuh melawan rasa mengantuk dan keletihan akibat tak tidur malam seminggu ni. Punya la dalam hati berdoa jangan tertutup mata saya dengan rasa mengantuk..alhamdulillah..saya berjaya..hehe. Petuanya..saya skip lunch harini..sebabnya kalau la saya lunch..dah tentu mata saya lagi berat. Dan saya ter skip dinner..sebab saya tidur..huhuhu. Bangun jam 12am nk wish birthday anak (dan solat)..perut berkeroncong lapar. Minggu depan dalam jadual ada camping di Lady Northcote Camp. Saya macam berat hati sikit nak pergi. Seronok bila tengok jadual aktiviti. Macam-macam ada..rafting, high rope, giant swing, archery, scavenger hunt. Tapi sekarang ni autumn kan..sejuk masyaallah. And then waktu solat saya la soalnya..tapi insyaallah akan dipermudahkan harapnya. Start dari hari Rabu after lunch and balik hari jumaat. Yang tak berapa nak syioknya..balik aje dah kena prepare another assessment..waaaaa....tak syioknyeeee..


Apr 3, 2011

'Sting' the pilot Stop for breakfast dulu
Sale Botanic Gardens
Siang tadi we sent our friend ke East Sale for his course. After 2 months bersama di sini, terasa sebak juga bila melambai pulang tadi. Malaysian disini cuma berempat dan dia seperti Abang Long yg menjaga kami berdua. Abang Long yg seorang lagi jarang keluar jadi kami bertiga yg kerap bersama. Hari minggu memang rutin kami keluar dari pagi hingga malam dan tanpa dia, memang akan terasa kurangnya. Perjalanan ke East Sale tadi mengambil masa 4 jam lebih juga. Tak silap saya jaraknya dalam 220km dari Melbourne. Our friend akan meneruskan perjuangan for Instructor Pilot Course or IPC sehingga bulan August ni. Semoga dia tabah dan bersabar dengan cabaran baru di RAAF East Sale. Sempat juga kami berjalan-jalan disekitar Port Sale dan tentunya kemeriahan takkan sama seperti di Melbourne. Jika di bilik kami di DITC, kelengkapan komputer dan internet disediakan, disana tiada. Jika disini sangat senang hendak kebandar (Stesen keretapi hanya 1km diluar base), disana perlu berjalan sejauh 7km untuk keluar. Jadi, kami doakan supaya Mej Sting dapat sesuaikan diri dengan baik. Kalau tension pun..boleh terbang dengan PC9 tu..jadi mungkin kuranglah sikit kerinduan pada family dan kawan-kawan di Melbourne.