Rindu betul nak ber blog but each time saya nak post entry surely tertangguh sebab ada hal lain yg lebih SEGERA. Reason yg paling cliche ialah kesibukan saya yang melampaui batas tu. Keluar rumah masa matahari tak naik lagi...balik rumah pula masa matahari dah tenggelam nak timbul balik dah. Reason lain ialah sebab saya masih tak pandai-pandai lagi guna Galaxy Tab untuk meng upload entry blog. Sekarang ni 'laptop' rasmi saya ialah Galaxy Tab..sebab portable untuk dibawa kemana sahaja. Semua kerja-kerja saya dengan mudahnya dibuat menggunakan hadiah birthday dari incik hubby.
Minggu lepas masa saya berhempas pulas di Stadium Bola Sepak Cheras, banyak kerja saya yang dapat disiapkan. Owh..bukannya saya dah tukar profession jadi athlet pula tapi saya bekerja untuk SUKMA ke 14. Kalau korang ada tertengok acara perasmian SUKMA kat television (not sure which channel yg tayang la), itulah yg kitaorang kerjakan selama seminggu tu. ATM telah diminta membantu pihak MSN untuk acara pembukaan dan penutup SUKMA kali ni. Jadi ada la elemen-elemen askar dalam acara tu. Saya pula menjaga bahagian protokol dan jemputan VIP aje..hehe..tapi siapa yg nak jemputan untk acara penutup 12 Jun 2011 ni boleh message saya ye.
Kesibukan tu tak membantu saya dalam hal-hal rumahtangga. Banyak kerja lain yg tertangguh..even anak yg sakit gigi tu terpaksa tahan sakit sebab saya sibuk tak sempat bawa dia jumpa dentist.
Yang agak 'best' pun saya berjaya tengok angka 4 kat weight scale setelah sekian lama. Seminggu ni saya hanya minum air aje rasanya sebab selain dari gigi sendiri yg sakit sebab ketatkan braces..saya sendiri tak sempat makan...minum tu sebab sambil berjalan pun sempat..hahaha..
Agak horror la bila dibaca but saya buat dengan ikhlas dan gembira...cuma sedih sebab anak terabai aje. Gambar-gambar akan diupload berasingan sebab as usual...masih didalam kamera.