Hari Sabtu lepas dek kerana ibu bapaku datang ke KL kerana mengangkut barang-barang adikku yg giler banyak kat UM tu, maka aku gagahi juga badan yg tak larat ni menyibuk sama.Mana bleh tak jumpa ibu bapaku tu kan..walaupun baru jek jumpa..hehehe. Disebabkan adik perempuanku itu dah tamat pengajiannya di UM (dan melegakan kepalaku tak payah nak fikir nak minta tolong abg zaki lagi nak kasi dia tinggal kat Kolej sebab adikku ini haprak memang tak aktif langsung dan sesungguh aktiviti kolej-tak macam kakaknye ni) maka my parents pun nak meluangkan masa melawat jalan TAR..huhu..of all places kan? Tapi sebagai anak mana boleh cakap tokleh kan? Aku yg memang paranoid ngan tempat-tempat ramai orang ni fikir berpuluh kali nak ikut sama tapi dek sebab cucu diaorang dah duk sebut-sebut tok dan wan maka aku gagahi jugaklah. As usual la anak teruna ku bila berjumpa tok dan tokwan dia, lupa terus dia ada mak pak..hahaha..udah le wan nye dah tak larat..di suruhnya wan dukung dia..maaih..kalu kitaorang dulu yg minta dukung sure kena marah tapi bila cucu..dilayannya..hailah..geram jek ku tengok mamat kecik tuh. Tapi yang menyentuh jiwa kan..cerita pasal asam anggur la. masa balik cuti aritu, ibuku ada keluar ngan adik-adikku dan aku ada pesan belikan asam anggur.Tapi takde seluruh TESCO tu..dah nak wat camane kan? tapi ibuku masih ingat lagi aku nak makan asam tu jadinya dia carikan masa kat jalan TAR tu. Sebab kitaorang naik keta dan my parents and sisters naik LRT (saje nak rasa naik LRT ayah dan ibuku cakap) kitaorang jumpa semula di UM. Nak tahu apa yg dibelinya? Asam anggur 2 packet. Time tu juga la aku rasa sayu je...betapa la ibu aku tu sayangkan aku dan ingat apa yg aku teringin nak makan dan carikan sampai jumpa. Walaupun dah ber packet hubbyku beli dan aku dah telan. And untuk hero kecik tu..of course la wajib ada..tokwannya belikan dia basikal kecil yg boleh gerak sendiri dan ada muzik dan t-shirt Ben 10.huhuhu..tapi tau jelah Adam Muqriz..kejap je basikal tu remuk dikerjakan dia..habis dah putus wayarnya. Dan tiap-tiap malam nak diusungnya atas katil..sesak dah tempat peraduan kami...ada Spongebob (Adam panggil Bobob), Teddy Bear (Adam panggil Bebear), Lion, Ferrari 3 biji..dan latest ni basikal tu la..huhuhu. Harus tidur sorang tak lama nih.
1 comment:
jue - amek award kat umah i yeah?
Post a Comment