May 30, 2009

Abeh la bersawang 'umah' den ni yo dek lama benor takde entry. Betapa la rajinnye aku ni ye.. bukan setakat 'umah' ni je yg bersawang..umah yang betul pun sama.huhu..nape ye?Dah minggu-minggu sebelum cuti ni rasa macam lots of thing yang berlaku serentak. Plus dengan 'angin' budak kat dalam ni..hilang daya la bila balik kerja. Nasib hubby pun balik keje malam..dah letih tak sempat nak nengok umah yg sempat disapu dan di mop je tuh.huhu..sadis.
Alkisah panjang je reasonnye ye.
Dan oleh sebab aku dengan rasminya dah mula bercuti selama 2 minggu..huhu..maka dapatlah memenuhi tuntutan jiwa blogger untuk post entry banyak-banyak (azam la nih). Our plan for holiday pun terpaksa kami re consider due to the hot weather and jemputan kenduri kahwin yang banyak. Orang dah bother menjemput wajib kena pergi kan. Except mana yang jauh nun kat Kelantan tu, terpaksa la dikorbankan...insyaallah hadiah je yg menyusul. Even while writing this entry pun kat belakang umah parents aku ni meriah ngan kenduri kawen. And talk about it..got to pen off nak gi menyaksikan member baikku yg akan mengakhiri zaman bujang jap je lagi nih. Jumpa lagi di next entry.

May 14, 2009

I'm cracking my brain to finish preparing the mid term exam paper which due next week therefore I'll update this blog after it, which mean during the school holiday. So I'll be away for awhile. Miss me not yeah..chit!macam ada yg rindu je ye.

May 11, 2009

Hari Sabtu lepas dek kerana ibu bapaku datang ke KL kerana mengangkut barang-barang adikku yg giler banyak kat UM tu, maka aku gagahi juga badan yg tak larat ni menyibuk sama.Mana bleh tak jumpa ibu bapaku tu kan..walaupun baru jek jumpa..hehehe. Disebabkan adik perempuanku itu dah tamat pengajiannya di UM (dan melegakan kepalaku tak payah nak fikir nak minta tolong abg zaki lagi nak kasi dia tinggal kat Kolej sebab adikku ini haprak memang tak aktif langsung dan sesungguh aktiviti kolej-tak macam kakaknye ni) maka my parents pun nak meluangkan masa melawat jalan TAR..huhu..of all places kan? Tapi sebagai anak mana boleh cakap tokleh kan? Aku yg memang paranoid ngan tempat-tempat ramai orang ni fikir berpuluh kali nak ikut sama tapi dek sebab cucu diaorang dah duk sebut-sebut tok dan wan maka aku gagahi jugaklah. As usual la anak teruna ku bila berjumpa tok dan tokwan dia, lupa terus dia ada mak pak..hahaha..udah le wan nye dah tak larat..di suruhnya wan dukung dia..maaih..kalu kitaorang dulu yg minta dukung sure kena marah tapi bila cucu..dilayannya..hailah..geram jek ku tengok mamat kecik tuh. Tapi yang menyentuh jiwa kan..cerita pasal asam anggur la. masa balik cuti aritu, ibuku ada keluar ngan adik-adikku dan aku ada pesan belikan asam anggur.Tapi takde seluruh TESCO tu..dah nak wat camane kan? tapi ibuku masih ingat lagi aku nak makan asam tu jadinya dia carikan masa kat jalan TAR tu. Sebab kitaorang naik keta dan my parents and sisters naik LRT (saje nak rasa naik LRT ayah dan ibuku cakap) kitaorang jumpa semula di UM. Nak tahu apa yg dibelinya? Asam anggur 2 packet. Time tu juga la aku rasa sayu je...betapa la ibu aku tu sayangkan aku dan ingat apa yg aku teringin nak makan dan carikan sampai jumpa. Walaupun dah ber packet hubbyku beli dan aku dah telan. And untuk hero kecik tu..of course la wajib ada..tokwannya belikan dia basikal kecil yg boleh gerak sendiri dan ada muzik dan t-shirt Ben 10.huhuhu..tapi tau jelah Adam Muqriz..kejap je basikal tu remuk dikerjakan dia..habis dah putus wayarnya. Dan tiap-tiap malam nak diusungnya atas katil..sesak dah tempat peraduan kami...ada Spongebob (Adam panggil Bobob), Teddy Bear (Adam panggil Bebear), Lion, Ferrari 3 biji..dan latest ni basikal tu la..huhuhu. Harus tidur sorang tak lama nih.
Sometimes pain is inflicted to us for what we believe..either directly or indirectly. Nak komen banyak-banyak malas rasanya. Biar orang yg tahu je tahu.
Teaching is becoming a burden rasanya lately...not something enjoyable lagi. Though I love to teach and embracing new methods everytime I teach..but without the energy and ditambah dengan perangai students yang tak sedar diri make me hate it. Believe it or not, at this school, discipline problem could cause a student to be expell from the school. So it's safe to say we don't have real problematic students here except one BIG problem...they are lazy!! Malas nak berusaha sendiri tanpa mengharap usaha guru-guru. Kadang-kadang aku rasa cikgu-cikgu ni berusaha keras as if kitaorang yg nak hadapi exam penting. Students??esok nak exam, malam ni baru nak start berusaha!!! sakit jiwa jadi cikgu ni sebenarnya. Sakit memikirkan masa depan orang lain yang bukan anak sendiri pun mahupun sedara mara sendiri.

May 9, 2009

Too sick to do anything much around the house. With dust started to settle comfortably on the furniture, I really dreading the labor I'll have to do sooner or later. Even at night, the urge to throw up is still there, sometimes it wakes me in the odd hour. I'm bracing myself for the good cause but the bout of sickness sometimes is too much for my body and mind. And I have the little guy to put into consideration. Though sick and aching, I couldn't say no for a much enjoyed piggyback ride or his fave 'terbang' action which usually make me feel sick. I just praying to be given strenght to endure this patiently without losing my sanity to the sickness. Amin.

May 7, 2009

Sometimes I do wonder kebenaran cakap-cakap orang tentang penjawat awam yg tak berbudi bahasa dan ignorance ni. Maybe bukan semua but yg golongan kecil yg ada ni le yg tarnish the good name of civil servant. Sebab aku terkena this time yg make me wonder nih..I was told 2 weeks before to come to the clinic for buku warna merah tu..and as usual, aku memang jenis akan confirm kan berkali-kali dulu..so memang confirm with the registration that I have to come on monday (last monday la). So hari isnin tu aku gilah ambek BAT F 4 aku (dokumen kesihatan la lebih kurang kut namanye) and bawa ke klinik keluarga. Then ada pulak staf nurse tu sound aku, "eh, ni awal lagi nih..sapa suruh datang buat buku? datang balik minggu depan." sebelum tu dia sibuk-sibuk tanya bila LPD aku nak kira due date..then aku sound la, doctor dah note benda-benda tu suma last 2 weeks..THEN baru dia nak selak-selak laporan kesihatan aku..boleh macamtu?patutnya dia kena baca dulu history..dah satu aku bengang..bukannya dia nak suruh aku duduk kat kerusi depan dia tu..(layanan mesra ke?) buatnya aku pitam ke apa ke? bila je dia cakap datang balik minggu depan, aku pun sound la dengan nada tak puas hati. Ingat aku takde kerja ke nak ulang alik datang klinik? THEN boleh la pulak aku buat buku merah tu hari tu jugak. Tu pun agaknya dah kena 'advise' ngan doctor la tu..sebab layan aku camtu. Tak kira le apa pangkat aku atau sesiapa pun...layanan yg macamtu memang tak boleh diterima. Dia bagi aku buat juga buku (walaupun tak puas hati) sebab pangkat aku...macamana dengan orang lain? If you fix the date, janganlah berdolak dalih..bila registration tanya staf nurse tu, boleh lak dia kata, "ye ke akak kata datang hari ni?" disebabkan kelalaian staf nurse tu dan sifat pelupanya, aku menjadi mangsa...nasibnya cuma sebab aku berani sound dia je. But for others who dare not complain? sia-sia je datang pagi tu kan? Jangan harap la aku nak ulang gi RSAT tu lagi. Biarlah berhabis duit takpe asal hati tak sakit.